Garis Panduan Penyertaan Pertandingan KIKF 2019

Submitted by adminkikf on Sun, 03/03/2019 - 16:12

Syarat-syarat penyertaan

  1. Penyertaan konvensyen ini terbuka kepada semua warga Farmasi, KKM di seluruh Malaysia.
  2. Setiap Bahagian/Negeri/Institusi dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu projek kualiti bagi setiap kategori pertandingan. Penyertaan lebih dari satu projek kualiti adalah sangat dialu-alukan. 
  3. Projek yang menyertai pertandingan perlulah tidak kurang 6 bulan daripada tarikh tutup penyertaan dan  tidak melebihi 3 tahun dari tarikh ia diperkenalkan.
  4. Bagi kategori KIK, produk yang dihasilkan mestilah telah digunakan tidak kurang 3 bulan daripada tarikh tutup penyertaan.
  5. Projek yang dihasilkan BELUM PERNAH DIPERSEMBAHKAN di mana-mana pertandingan di peringkat KKM atau antarabangsa atau setaraf dengannya.
  6. Semua projek yang dipertandingkan mestilah projek berkaitan perkhidmatan farmasi tetapi keahlian boleh terdiri daripada pelbagai unit / disiplin.
  7. Permohonan yang diterima akan disaring dan dipilih oleh barisan panel yang dilantik oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  8. Keputusan pemilihan projek yang layak menyertai konvensyen adalah MUKTAMAD.

Kaedah penyertaan

  1. Penyertaan atas talian akan bermula 22 Februari 2019 sehingga 15 April 2019. Semua projek yang terpilih akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kerja Penyelaras KIKF2019 sebelum atau pada 27 Mei 2019.
  2. Borang Penyertaan dan template abstrak dan ringkasan eksekutif boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi KIKF (kikf.pharmacy.gov.my).
  3. Borang penyertaan hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
  4. Bagi abstrak dan ringkasan eksekutif :
    1. Mengikut kategori yang dipertandingkan.
    2. Abstrak hendaklah ditulis tidak melebihi 400 patah perkataan.
    3. Ringkasan eksekutif hendaklah ditulis tidak melebihi 1200 patah perkataan. Ini tidak termasuk lampiran jadual/gambar. Lampiran tersebut dihadkan kepada 2 muka surat sahaja.
    4. Abstrak dan ringkasan eksekutif perlu ditulis sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia bagi projek QA. Manakala Projek KIK dan Inovasi dalam Bahasa Malaysia sahaja.
    5. Abstrak dan ringkasan eksekutif yang dimuat naik perlu dalam format Microsoft Word versi 2010 atau 2013.
    6. Abstrak dan ringkasan eksekutif hendaklah ditaip menggunakan jenis tulis Arial saiz 12 secara selang baris 1.5.
    7. Nama pembentang perlulah digariskan.
  5. Borang penyertaan, abstrak dan ringkasan eksekutif perlu dimuat naik ke laman sesawang rasmi sebelum atau pada 15 April 2019.
  6. Bagi kategori QA, peserta boleh memilih untuk membuat persembahan secara oral atau poster.
  7. Selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 2016, persembahan bagi kategori KIK dan Inovasi dibuat secara oral.
  8. Bagi kategori KIK dan Inovasi produk, penyertaan yang dipilih masuk ke peringkat akhir perlu menyediakan market place poster.
  9. Projek yang terpilih perlu muat naik salinan soft copy laporan penuh dan soft copy poster (QA Poster dan market place poster projek KIK dan Inovasi Produk) YANG MUKTAMAD dalam format .ppt dan .pdf di laman sesawang rasmi kikf.pharmacy.gov.my dan menghantar empat (4) salinan laporan projek dalam bentuk hardcopy kepada Urus Setia Konvensyen Inovasi & Kreativiti (KIKF) 2019, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (u.p Cawangan Perkembangan Infrastruktur & Kualiti Farmasi) sebelum atau pada 12.00 tengah hari 8 Julai 2019. SEBARANG PERUBAHAN ADALAH TIDAK DIBENARKAN setelah soft copy poster dimuat naik.

Persembahan kategori yang dipertandingkan

  1. Hanya satu pembentang sahaja dibenarkan bagi setiap kategori
  2. Bagi kategori QA Poster, pembentang dikehendaki berada di poster masing-masing sepanjang penilaian bagi sesi soal jawab.
  3. Sesi penilaian bagi kategori KIK dan Inovasi akan dibuat secara tertutup.
  4. Setiap pembentang bagi persembahan oral perlu mematuhi jadual giliran pembentangan yang telah ditetapkan.  
  5. Pembentang perlu bersedia 20 minit lebih awal bagi setiap sesi pembentangan yang ditetapkan.
  6. Pihak urus setia berhak untuk menukar waktu bagi pembentang yang hadir lewat dengan pembentang yang hadir awal bagi melancarkan perjalanan sesi.
  7. Poster perlulah atas satu (1) helaian sahaja dan mempunyai saiz tidak melebihi 841mm x 1189mm (Saiz A0), bentuk portrait.
  8. Poster hendaklah menggunakan huruf yang mudah dibaca seperti Arial, Times New Roman dan lain-lain dan saiz huruf perlulah juga mudah dibaca dari jarak 6 kaki.
  9. Velcro untuk tujuan menampal poster pada papan panel TIDAK disediakan oleh pihak penganjur. Sila bawa pita pelekat/ velcro/ pita akrilik/ klip binder untuk kegunaan menampal poster. Penggunaan paku, stapler, gam atau sebagainya yang akan merosakkan papan panel adalah tidak dibenarkan.
  10. KRITERIA PENGHAKIMAN adalah mengikut kategori.  Bagi QA Poster, isi kandungan poster perlu mengikut Kriteria penghakiman Kategori QA Oral & Poster.
  11. Semua keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.
Kategori pertandingan *Masa Pembentangan *Sesi soal jawab
QA Oral 15 minit 5 minit
KIK (Oral) 10 minit 10 minit
Inovasi (Oral) 10 minit 5 minit

Tempoh pembentangan. Tertakluk kepada pindaan. Akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan.

Saiz poster
Saiz poster

 

Muat Turun Borang Penyertaan