PENYERTAAN

KONVENSYEN INOVASI DAN

KREATIVITI FARMASI 2023

Syarat-syarat penyertaan

  1. Penyertaan konvensyen ini terbuka kepada semua warga Farmasi, KKM di seluruh Malaysia.
  2. Setiap Bahagian/Negeri/Institusi dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu projek kualiti bagi setiap kategori pertandingan. Penyertaan lebih dari satu projek inisiatif penambahbaikan kualiti (Quality Improvement Initiatives – QIIs) adalah sangat dialu-alukan.  
  3. Projek yang menyertai pertandingan perlulah tidak kurang 6 bulan daripada tarikh tutup penyertaan dan tidak melebihi 3 tahun dari tarikh ia diperkenalkan.
  4. Bagi kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Inovasi, produk yang dihasilkan mestilah telah digunakan tidak kurang 3 bulan daripada tarikh tutup penyertaan.
  5. Projek yang dihasilkan BELUM PERNAH DIPERSEMBAHKAN di mana-mana pertandingan di peringkat KKM atau antarabangsa atau setaraf dengannya.
  6. Semua projek yang dipertandingkan mestilah projek berkaitan perkhidmatan farmasi tetapi keahlian boleh terdiri daripada pelbagai unit / disiplin. 
  7. Permohonan yang diterima akan disaring dan dipilih oleh barisan panel yang dilantik oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  8. Keputusan pemilihan projek yang layak menyertai konvensyen adalah MUKTAMAD.
  9. Semua penyertaan juga adalah digalakkan untuk mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek (myIPO) bagi mengelakkan peniruan, penyalahgunaan dan penggunaan ciptaan tanpa kebenaran.
  10. Semua abstrak, ringkasan eksekutif, slaid dan poster yang dihantar untuk penyertaan Konvensyen ini akan menjadi hak milik pihak penganjur dan boleh digunapakai untuk tujuan latihan atau perkongsian dalam mana-mana platform. Penghantaran projek untuk penyertaan dalam Konvensyen ini bermaksud semua penulis bersetuju dengan syarat ini.
  11. Kegagalan dalam mematuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan penyertaan kumpulan ditolak.


Inisiatif Penambahbaikan Kualiti

Bermula Di Sini!

Penyertaan boleh dibuat melalui

butang di bawah atau imbasan QR Code


Idea Baru

Merangsang perkhidmatan baru yang berkesanan dan mengurangkan beban penyakit.

Inovasi Berkualiti

Meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi dan keberkesanan rawatan pesakit.

Kerjasama

Bekerjasama mencapai penyelesaian yang lebih baik dalam meningkatkan perkhidmatan dan kesihatan pesakit.

TArikh Akhir Penghantaran Abstrak

00
days
00
hours
00
minutes
00
seconds
Penghantaran Abstrak Sudah Tamat

28 April 2023 (Jumaat)

10 Mei 2023 (Rabu)

MAKLUMAT LANJUT

Rujuk syarat dan garis panduan penyertaan penuh di bawah:

MEDIA SOSIAL