Faridah Saidi
Ketua Profesyen Penolong Pegawai Farmasi

Faridah binti Saidi dilahirkan di Ipoh Perak pada tahun 1964 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh.Melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah iaitu Sekolah Raja Chulan dan Methodist High School. Rekod akedemik – mendapat hadiah sebagai pelajar terbaik beberapa kali.  Aktif dengan ko-korikolum dan memegang beberapa jawatan didalam aktiviti tersebut. Di peringkat sekolah juga aktif di dalam sukan sebagai olaraga, pemain hoki dan bola jaring sehingga keperingkat daerah.

Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang puteri. Kini tinggal di Ampang Selangor dan bertugas sebagai Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi KKM di Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi. Mula berkhidmat dengan kerajaan pada tahun 1987 di Hospital Kuala Lumpur. Pernah berkhidmat  di beberapa Klinik Kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa hospital di Negeri Sembilan dan Selangor. Aktif didalam aktiviti peringkat hospital- memegang jawatan sebagai Timbalan Kelab Kebudayaan Dan Setiausaha bagi Majlis Bersama Jabatan. Bagi sukan pula aktif didalam bola jaring dan pernah memegang jawatan sebagai pengurus pasukan Bola Jaring KKM peringkat Wilayah Persekutuan. Pasukan Bola jaring telah memenangi beberapa kali sewaktu pertandingan sukan yang telah dianjurkan oleh organisasi lain . Juga menjadi naib juara sewaktu pertandingan sukan yang diadakan peringkat sukan KKM di Pulau Pinang.

Pada tahun 1994 melanjutkan pelajaran bagi Ijazah sarjana Muda Sains Komputer di Cosmopoint College Kini terlibat dengan aktif bagi aktiviti kualiti. Sebagai penyelaras penyelidikan (R & D) bagi Penolong Pegawai Farmasi peringkat KKM. Menjadi ahli kepada kumpulan QA. Aktiviti KIK juga terlibat sebagai Ketua Kumpulan, fasilitator dan juri. Dijemput sebagai penceramah dan menjadi juri peringkat negeri. Telah memenangi Anugerah peringkat hospital, negeri, kebangsaan dan Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta peringkat antarabangsa.

Aktif dalam kegiatan luar pejabat seperti PIBG – sebagai Timbalan Presiden PIBG, Hobi – suka berenang dan mendengar muzik. Memegang prisip: lakukan kerja dengan bersungguh –sungguh dan jadikan kegagalan sebagai pintu kejayaan.

 

Sessions

Why Me?