PENGENALAN INOVASI

Transformasi pembekalan ubat-ubatan kepada rakyat jelata dilihat sebagai satu aspek yang perlu ditekankan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam selari dengan teras perkhidmatan awam. Penawaran sistem bekalan ubat yang bersesuaian dengan kemudahan semasa perlu dibangunkan supaya menepati keperluan rakyat secara optimum. Sejajar dengan ini Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa menawarkan satu perkhidmatan pembekalan ubat susulan yang dijenamakan sebagai RxDelivery 2U.

MASALAH SEBELUM PROJEK INOVASI

Pesakit perlu berulang-alik ke klinik atau hospital dan menghabiskan masa untuk menunggu mengikut giliran di farmasi dan bersesak dengan pesakit lain di klinik/hospital hanya untuk mendapatkan ubat susulan di farmasi.

KEADAAN SEBELUM INOVASI

Tempoh masa menunggu yang lama, kekurangan tempat meletak kenderaan, masa yang terhad untuk pesakit menuntut ubatan, bilangan kaunter pengambilan ubat yang tidak mencukupi, ruangan penyimpanan ubat  tidak dituntut yang kecil merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh Unit Farmasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

PENERANGAN PROJEK INOVASI

Menggunakan konsep merakyatkan perkhidmatan farmasi, projek ini menggunakan khidmat “runner” bermotosikal yang akan menghantar terus ubat susulan ke rumah pesakit. Inovasi ini membolehkan penghantaran semua jenis ubat kepada pesakit termasuklah ubat suntikan/insulin.

KEADAAN SELEPAS INOVASI

Pesakit tidak perlu lagi berulang alik ke klinik kesihatan untuk mendapatkan ubat susulan. Pesakit tidak perlu menunggu mengikut giliran dan menghabiskan masa yang lama di klinik bahkan tidak bersusah payah untuk mencari parking kenderaan di fasiliti kesihatan.

FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI

Pengurangan kos operasi-Manfaat terbesar pastinya tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan ubat susulan. Lebih menjimatkan berbanding pesakit yang perlu hadir ke klinik setiap bulan bagi mengambil ubat susulan yang mana pesakit perlu mengeluarkan samaada kos petrol kenderaan sendiri ataupun membayar tambang pengangkutan awam yang lain.  Penjimatan masa- sifar masa menunggu. Pesakit tidak perlu menunggu, sebaliknya ubat susulan dihantar terus ke rumah masing-masing. Peningkatan tahap produktiviti-Projek ini bersifat Zero-Waiting-Time di mana pesakit menerima ubat susulan yang terus dihantar ke rumah masing-masing. Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan-Melalui projek ini, pesakit tidak perlu mencari tempat meletak kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan sekaligus memudahkan serta menjimatkan masa dan tenaga pesakit. Penjimatan guna tenaga manusia-Inovasi ini hanya melibatkan penyediaan ubat susulan dan mengurangkan bilangan pesakit harian yang berurusan di kaunter farmasi. Secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban kerja staf.

KRITERIA PENILAIAN

Impak tinggi - Projek ini memberi impak yang amat tinggi kepada KKPC kerana kaedah ini yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Kelantan malahan di Malaysia.Kreativiti - inovasi bersifat “lokal” dan memahami kehendak penduduk setempat dan menjadi salah satu alternatif kepada pesakit.  Replikasi-Ianya berpotensi untuk diseragamkan di semua fasiliti kesihatan seluruh negara.

ANGGARAN KOS

RM 3-5 (dibayar oleh pesakit).