Pengenalan inovasi

Unit Farmasi Logistik HSB berperanan dalam proses perolehan. Pembekalan ubat-ubatan, reagen, gas perubatan dan peralatan pakai buang secara ringkasnya dibahagikan kepada bekalan “standard” dan bekalan “non-standard”. .Bekalan “non-standard” bermaksud pihak farmasi logistik hanya akan melaksanakan proses perolehan sekiranya permohonan pembelian diterima daripada pihak pengguna (user), rata-rata melibatkan pelbagai jenis alat dan speksifikasi yang berbeza mengikut keperluan jabatan G-Quest ini akan memaparkan data perolehan, seperti nombor Pesanan Kerajaan (PO/CO), nilai keseluruhan perbelanjaan (RM), kuantiti pesanan dan tarikh pesanan yang diterima. Tujuan G-Quest ini dibangunkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pihak pengguna (user) bagi memantau dan memeriksa secara terus  tentang status item yang dipohon, memgemaskini secara terus status penghantaran dengan syarikat pembekal dan boleh dijadikan sumber rujukan bagi perancangan perolehan.

Sebelum dan selepas inovasi dihasilkan

MASALAH SEBELUM INOVASI

Rekod perolehan hanya dalam bentuk Microsoft excel dan ini hanya dapat diakses oleh staff farmasi logistik.

KEADAAN SEBELUM INOVASI

Memerlukan staff farmasi logistik samada pegawai farmasi atau pembantu tadbir yang terlibat secara langsung dalam perolehan item “non-standard” memberi respon sekiranya pihak pengguna (user) memerlukan maklumat tentang status permohonan.

PENERANGAN PROJEK INOVASI

G-Quest diambil daripada platform google drive dan diolah untuk memaparkan data perolehan seperti nombor Pesanan Kerajaan (PO/CO), nilai keseluruhan perbelanjaan (RM), kuantiti pesanan dan tarikh pesanan yang diterima.

KEADAAN SELEPAS INOVASI

memberi kemudahan kepada pihak pengguna (user) bagi memantau dan memeriksa secara terus  tentang status item yang dipohon, memgemaskini secara terus status penghantaran dengan syarikat pembekal dan boleh dijadikan sumber rujukan bagi perancangan perolehan kerana dapat dikongsi maklumat perolehan secara dua hala.

Faedah pelaksanaan inovasi

  • Pengurangan kos operasi
    G-Quest dibangunkan tanpa menggunakan sebarang kos kewangan, dan hanya memerlukan kemudahan capaian internet. Bagi tenaga kerja sumber manusia, ianya melibatkan staf-staf di jabatan Farmasi
  • Penjimatan masa
    Penjimatan masa secara optimum dalam memberi respon terhadap pihak pengguna dan boleh digunakan untuk memberi fokus terhadap penghasilan pesanan kerajaan.
  • Peningkatan tahap produktiviti
    Projek ini dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam menangani permasalahan dalam perolehan “non-standard”item
  • Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan
    Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan terhadap pengguna (user) secara keseluruhan berpuashati terhadap paparan maklumat yang dikongsi, akan tetapi ada beberapa maklumat yang perlu ditambah
  • Penjimatan tenaga manusia
    faedah gangguan aliran kerja perolehan pegawai farmasi dan pembantu tadbir dapat dikurangkan

Kesimpulan

pihak kami akan menjalinkan kerjasama dengan pihak teknologi maklumat HSB bagi memenuhi kehendak pengguna.