Pendahuluan dan Penerangan Projek

Pharmfair merupakan konsep permainan interaktif yang terdiri daripada beberapa set papan permainan bermaklumat yang merangkumi set soalan permainan konsep 5B, penyimpanan ubat, antibiotik, ubat berdaftar dan cabaran vaganza. Soalan akan dijawab berdasarkan arahan permainan yang dipaparkan. Konsep permainan menyentuh konsep 5B, antibiotik, cara penyimpanan ubat yang betul, ciri ciri ubat berdaftar serta maklumat semasa mengikut tema. Pharmfair merupakan inisiatif baru untuk menarik minat masyarakat melalui tema “Alami Keseronokan Mengenali Ubat Anda” dan mendapat kelulusan copyright myIPO.

 

Masalah dan Keadaan sebelum Projek Inovasi

Kebiasaannya, setiap kali mendapat jemputan untuk mengadakan pameran, anggota farmasi yang ditugaskan menjaga bahan pameran akan melakukan persiapan bahan bahan pameran seperti rotating cabinet, stand bunting dan rak pamplet. Dengan adanya Pharmfair, konsep pameran menjadi lebih menarik. Setelah siap mendaftar di kaunter tiket, peserta akan bergerak ke checkpoint pertama untuk mengikuti cabaran permainan yang disediakan. Bagi yang datang bersama keluarga, anak-anak yang akan bermain permainan yang disediakan, penjaga akan bersedia untuk menjawab soalan. Setelah selesai, tiket Pharmfair diserahkan kepada anggota yang bertugas di kaunter hadiah. Cenderamata akan diberi berdasarkan pungutan mata yang diperolehi.

3.         Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi

i)          Pengurangan kos

Pharmfair menggunakan papan polycarbonate yang lebih murah dan tahan lasak berbanding rotating cabinet yang memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

ii)         Penjimatan masa

Phamfair boleh menjimatkan masa anggota semasa membuat persiapan tempat,tetapi juga menjimatkan masa penyimpanan dan pengangkutan alatan pameran kerana Pharmfair adalah ringan serta mudah untuk dikendali, diangkat dan disimpan.

iii)        Peningkatan tahap produktiviti

Pharmfair menunjukkan peningkatan sebanyak 52% pengunjung yang menyertai aktiviti. Ini membuktikan peningkatan ketara dalam aktiviti Kenali Ubat Anda.

iv)        Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan

Kajian kepuasan hati pelanggan yang dijalankan ketika pameran menunjukkan 100% pengunjung berpuas hati dengan perkhidmatan ini.

v)         Penjimatan tenaga manusia

Pharmfair merupakan permainan interaktif layan diri dan tidak memerlukan ramai anggota.

vi)        Respon pengunjung menunjukkan Pharmfair sangat diterima dan mendapat perhatian hebat daripada kanak-kanak. Segala pandangan negatif daripada golongan muda terrmasuk kanak-kanak sudah hilang begitu sahaja apabila merasai sendiri pengalaman yang menyeronokan ketika mengunjungi Pharmfair.

vii)       Sehingga kini, Pharmfair telah digunapakai di daerah-daerah lain dalam menjayakan Kempen Kenali Ubat Anda. Duta Kenali Ubat Anda turut sama menggunakan Pharmfair untuk program mereka.

Anggaran kos

RM55