Pendahuluan

MyBook ialah sebuah buku kecil yang merangkumi biodata pelanggan, nombor siri Perkhidmatan Tambah Nilai, maklumat ubat List A/kuota/KPK, tarikh akan datang bekalan ubat susulan mengikut klinik/unit, rekod temujanji kaunseling susulan dan sejarah alahan ubat pelanggan; selaras dengan Amalan Pendispensan Baik.

Penerangan Projek

MyBook bersaiz 9.5cm (lebar) x 13cm (panjang) dengan 32 mukasurat. MyBook senang dibawa oleh pelanggan dan preskripsi ubat boleh disimpan sekali dalam sampul di MyBook. MyBook dalam proses direplikasikan di semua hospital dan klinik kesihatan di Pulau Pinang.

Masalah sebelum inovasi

Pelanggan sering lupa membawa kad-kad yang diberikan oleh Farmasi Ambulatori, sehingga pelanggan yang dirangkumi dalam Perkhidmatan Tambah Nilai dan kes kaunseling susulan tidak dapat dikesan dengan tepat.  Pelanggan multiple-follow-up salah faham dan keliru dengan tarikh akan datang farmasi. Proses intervensi pengubatan tergendala disebabkan maklumat regimen pengubatan dan alahan ubat yang tidak dibawa oleh pelanggan secara lengkap.

Keadaan sebelum inovasi

Hanya 70.10 % pelanggan yang membawa kad-kad Farmasi Ambulatori. Tarikh akan datang farmasi yang dituliskan pada ruangan yang terhad di belakang preskripsi menyebabkan 13.50% pelanggan “multiple-follow-up”  tersalah faham dan 8.60% keliru tentang tarikh yang diberikan untuk mengambil ubat. 28.5% daripada kaunseling susulan juga terlepas kerana pelanggan lupa membawa Kad Kuning yang mempunyai pelekat notifikasi.

Keadaan selepas inovasi

Sebanyak 98% pelanggan Farmasi Ambulatori membawa MyBook berbanding dengan 70.10% pelanggan yang membawa kad-kad Farmasi Ambulatori.  Pelanggan yang tersalah faham dan keliru dengan tarikh akan datang farmasi telah turun kepada 0.70% dan 1.00% masing-masing. Peratus kes kaunseling susulan juga meningkat daripada 71.50% kepada 85.70%.

Faedah pelaksanaan inovasi

Penggunaan MyBook adalah lebih ekonomi kerana menggabungkan kad-kad berasingan pelanggan. Rekabentuk MyBook digemari oleh pelanggan. Butiran pengubatan yang jelas membantu mengurangkan masa dan kadar intervensi pengubatan sekaligus menjimatkan tenaga manusia. Pelanggan “multiple-follow-up” jelas tentang pengambilan ubat susulan kerana terdapat ruangan untuk mencatat tarikh akan datang yang berlainan.

6.    Anggaran kos

Kos pencetakan untuk kad-kad Perkhidmatan Tambah Nilai yang menggunakan Kad pelbagai warna dan Kad Kuning adalah RM 1.20 dan RM 0.40 masing-masing. Kos pencetakan untuk sebuah MyBook adalah RM 0.75 + SST.