Pengenalan inovasi

Home Medication Review (HMR) merupakan perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pemandu. Pegawai Farmasi HMR bertanggungjawab untuk menilai tahap kepatuhan pesakit terhadap ubat, mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan regimen ubat-ubatan dan memperkasakan pengetahuan pesakit dan ahli keluarga terhadap penyakit yang dihadapi. Objektif inovasi ini adalah untuk meningkatkan tahap kepatuhan ubat, mengurangkan kesilapan pengubatan serta meningkatkan produktiviti ahli pasukan HMR. Medi-kit merupakan sejenis inovasi produk yang dihasilkan daripada helaian plastik berbentuk album. Anggaran kos untuk menghasilkan Medi-kit adalah RM 7.70.

 

Sebelum dan selepas inovasi dihasilkan

Sebelum inovasi dijalankan, ramai pesakit HMR mengeluarkan ubat tablet daripada blister asal dan bercampur dengan ubat lain. Ini menyebabkan kesilapan dan kekeliruan tentang cara pengambilan ubat. Setelah Medi-kit diperkenalkan, Pegawai Farmasi HMR dapat menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti kerja dengan mengurangkan kekerapan pengisian ubat dan penghantaran ubat kepada pesakit. Pegawai Farmasi HMR dapat memantau kepatuhan pesakit terhadap ubat dengan lebih mudah dan proses menjalankan pill count menjadi lebih lancar.

 

Faedah pelaksanaan inovasi

i) Penghantaran ubat HMR menjadi sebulan sekali. Anggaran kos minyak petrol kenderaan jabatan dapat dijimatkan     dengan pillbox. iii) Medi-kit dapat menyimpan kuantiti ubat yang lebih banyak berbanding dengan pillbox. Secara langsung, ini telah meningkatkan produktiviti kerja dengan mengurangkan kekerapan pengisian ubat pesakit HMR. iv) Tahap kepuasan pesakit meningkat kerana Medi-kit senang digunakan dan berjaya meningkatkan tahap kepatuhan serta kefahaman pesakit terhadap ubat. v) Pengisian ubat Medi-kit adalah lebih fleksibel sekiranya terdapat perbezaan kekerapan dos antara pesakit HMR.

 

Kriteria penilaian

Medi-kit dapat memberi impak yang tinggi kepada perkhidmatan Farmasi kerana ia dapat meningkatkan produktiviti, tahap kepatuhan ubat dan kepuasan pesakit. Medi-Kit merupakan hasil kreativiti ahli kumpulan Matrix yang mana sebelum ini pesakit HMR menggunakan sampul ubat atau pillbox yang mahal. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Medi-Kit senang didapati dan boleh dibeli dengan kos yang minimal.

 

Kesimpulan

Medi-kit merupakan produk berinovatif dan mampu memberi impak yang tinggi dari segi kos, masa dan produktiviti. Ia mesra pengguna dan boleh dipraktikkan di mana-mana fasiliti kesihatan.