Pendahuluan dan Penerangan Projek

Inspection Assignment Map (IAM) merupakan inovasi produk bagi membantu Ketua Unit Premis Tidak Berlesen (PTB) untuk mengagihkan tugas pemeriksaan premis yang dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pegawai-pegawai dengan lebih efisien dan sistematik. IAM adalah satu inovasi produk yang asli, selamat dan kemas yang dapat membantu pengagihan tugas pemeriksaan dengan lebih efisien dan sistematik.

Masalah dan Keadaan Sebelum Projek Inovasi

Selepas menerima surat permohonan pemeriksaan PBT, Ketua Unit PTB di Seksyen Kawalan Farmaseutikal & Perlindungan Pengguna (KFPP) mengagihkan tugasan pemeriksaan kepada pegawai di bawah seliaan berdasarkan ketersediaan pegawai.

Keadaan Selepas Inovasi

Selepas menerima surat permohonan pemeriksaan PBT, Ketua Unit PTB akan mengagihkan tugasan pemeriksaan kepada pegawai berdasarkan IAM dan ketersediaan pegawai.

Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi

i)    Penjimatan kos perjalanan.
Dengan pelaksaanan inovasi IAM, purata jarak perjalanan bagi premis yang diperiksa dapat dikurangkan sebanyak 18%.
ii)    Penjimatan masa dan tenaga kerja
Peningkatan purata premis yang diperiksa dapat menyumbang kepada penjimatan tuntutan kos perjalanan sebanyak 18%.
iii)    Pengurangan jumlah perjalanan
Nisbah perjalanan kepada bilangan premis diperiksa adalah 1:2 pre IAM dan 1:3 post IAM.
iv)    Peningkatan tahap kepuasaan hati pegawai yang menjalankan pemeriksaan
Kaji selidik menunjukkan 40% (4 orang pegawai) adalah berpuas hati dengan IAM dan 60% (6 orang pegawai) adalah sangat berpuas hati dengan IAM.
v)    Terdapat banyak permohonan yang diterima daripada bandar Johor Bahru dan ini menyebabkan adanya keperluan untuk membuat satu peta tambahan untuk bandar Johor Bahru sahaja.
vi)    Produktiviti telah meningkat apabila kos, jarak dan kos perjalanan yang digunakan untuk menjalankan pemeriksaan bagi setiap premis telah berkurang.
vii)    Projek ini mungkin dapat diperluaskan kepada Cawangan Penguatkuasaan di negeri-negeri lain bagi membantu mereka supaya dapat menjalankan tugas – tugas penguatkuasaan dengan lebih cekap dan efisien

Anggaran kos

Kesemua bahan-bahan yang digunakan ini adalah bahan-bahan yang sedia ada dan upcycling di pejabat. Anggaran kos bagi projek ini adalah RM 160.