PENDAHULUAN

Smart Display Cart (SmaDiC) merupakan inovasi produk yang yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan bahan dan boleh ditransformasi sebagai booth pameran dalam satu masa. Ia direka bagi memudahkan aktiviti Pameran Kenali Ubat Anda (KUA) yang dijalankan oleh Unit Farmasi di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing 

PENERANGAN PROJEK INOVASI

Konsep 3 in 1 SmaDiC menggabungkan tempat simpan, meja dan panel pameran dalam satu troli. Ia dilengkapi dengan beberapa bekas berlabel untuk penyimpanan bahan pameran,roda dan pemegang untuk memudahkan proses pengendaliannya. Anggota hanya perlu membawa SmaDiC dan satu pameran KUA yang lengkap dapat dijalankan.

MASALAH SEBELUM INOVASI

Set Pameran Kenali Ubat Anda (KUA) terdiri daripada 4 komponen dan terletak di dua lokasi berlainan. Selain itu, tempat penyimpanan bahan pameran KUA yang sedia iaitu 2 bekas plastik adalah tidak sesuai. Anggota juga mengalami kesukaran semasa proses pengangkutan barang pameran. Set pameran sedia ada juga telah rosak dan kos penggantiannya adalah tinggi. Ketiadaan kemudahan fasiliti yang lengkap seperti meja pameran juga menyukarkan anggota setiap kali terlibat dalam pameran KUA.

KEADAAN SEBELUM INOVASI

Anggota perlu berulang alik ke stor Logistik Farmasi untuk mengambil bekas plastik KUA dan ke Stor Unit Promosi Kesihatan (UPK) bagi meminjam panel pameran. Selain itu pembukaan booth KUA menjadi lambat disebabkan anggota terpaksa mengangkat satu persatu komponen. Kerosakan panel dan poster yang bergulung juga menjadikan masa semakin banyak terbazir. Poster yang koyak dan bahan sampel ubat yang kemek menyebabkan bahan pameran kurang menarik untuk tontonan pengunjung. Terdapat juga keadaan di mana Unit Farmasi terpaksa mencari sendiri atau berkongsi meja pameran disebabkan kemudahan yang disediakan di tempat program terhad. Ini menyebabkan bahan pameran menjadi minimal.

KEADAAN SELEPAS INOVASI

Dengan konsep 1 komponen 1 lokasi, anggota tidak perlu lagi ke stor UPK. Ruang penyimpanan lebih luas dan bekas berlabel menjadikan penyimpanan lebih sistematik.Bahan pameran juga lebih terpelihara daripada kerosakan. SmaDiC juga dilengkapi dengan roda dan pemegang yang menjadikannya lebih ergonomik kepada anggota. Kos penghasilan SmaDiC lebih murah berbanding penggantian komponen lama SmaDiC juga membolehkan Unit Farmasi berdikari tanpa bergantung kepada kemudahan daripada penganjur program.

FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI

Masa penyediaan booth dikurangkan daripada 30 minit kepada 13 minit. Lebihan 17 minit dapat digunakan untuk memberi ceramah ringkas dan bermain permainan interaktif bersama pengunjung. Penjimatan sebanyak RM4625.00 juga berjaya dilakukan berbanding pembelian set baru. SmaDiC juga membantu meringankan beban mengangkat yang dialami oleh anggota sebelum ini. Selain itu, inovasi ini juga membantu penyeragaman konsep pameran bagi Unit Farmasi.

ANGGARAN KOS

RM650.00