Pendahuluan dan Penerangan Projek

Rekonstitusi ubat sitotoksik akan dijalankan didalam bilik bersih (Cleanroom Grade A) mengunakan kabinet ‘Biosafety’. CONVENIENCE BOX CDR adalah inovasi kategori produk bagi memudahkan penyediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan rekonstitusi.

Masalah sebelum Projek Inovasi dan Keadaan Sebelum Inovasi

Kuantiti bahan-bahan yang diperlukan berbeza mengikut pesakit dan regime kemoterapi. Sebelum inovasi , masa yang panjang diperlukan untuk mengambil bahan-bahan dari stor yang berlainan dan kekurangan sesuatu bahan akan menyebabkan proses rekonstitusi terhenti sehingga bahan tersebut digantikan.

Keadaan selepas Inovasi

Selepas inovasi , bahan-bahan yang diperlukan telah disusun didalam CONVENIENCE BOX CDR mengikut regime kemoterapi dan pegawai farmasi cuma perlu mengambil CONVENIENCE BOX CDR dan memasuki bilik bersih untuk merekonstitusi ubat .

Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi

i)    Pengurangan kos operasi
Mengurangkan pembaziran kerana tidak akan terlebih membawa masuk bahan bahan yang tidak diperlukan kedalam bilik bersih.
ii)    Penjimatan masa
Sebelum inovasi , purata masa penyedian bahan mengambil selama 35min (Mac/2018) dan 24min (Apr/2018) . Selepas inovasi , purata masa penyediaan bahan mengambil masa selama 6min (Jun/2018) dan 5min (Jul/2018) . Purata masa yang diperlukan untuk menyediakan bahan telah dikurangkan sebanyak 20-30 minit
iii)    Peningkatan tahap produktiviti
Sebelum inovasi , purata masa proses mengambil selama 151min (Mac/2018) dan 130min (Apr/2018) . Selepas inovasi , purata masa proses rekonstitusi mengambil masa selama 103min (Jun/2018) dan 97min (Jul/2018) . Purata masa yang diperlukan untuk rekonstitusi telah dikurangkan sebanyak 33-50minit.
iv)    Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan
Penjimatan masa akan membolehkan ubat dihantar lebih awal kepada pesakit di wad.
v)    Penjimatan tenaga manusia kerana pegawai farmasi bolen menjimatkan purata 80min dari keseluruhan proses rekonstitusi .
vi)    Memudahkan proses rekonstitusi pada AOH (after office hour) kerana pegawai On-call tidak lagi perlu menyediakan bahan bahan yang diperlukan secara berseorangan.

Anggaran kos

CONVENIENCE CDR BOX direka dari bahan plastik keras dan kos untuk menghasilkan sebuah CONVENIENCE BOX CDR hanya RM 7.45