1. Pendahuluan

Cawangan Penguatkuasa Farmasi Labuan menjalankan aktiviti pemeriksaan terhadap penjual dan premis-premis perniagaan sebagai satu langkah membanteras penjualan ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi di pasaran.

2. Penerangan Projek

Inovasi PRODUK ini menghasilkan sebuah Microsoft Excel workbook untuk membahagikan 435 premis yang menjual ubat/kosmetik kepada 24 zon dengan menggunakan peta Labuan sebagai panduan. Senarai premis mengikut jenis lesen perniagaan diperolehi daripada Perbadanan Labuan dan data pemeriksaan dari Januari 2016 hingga Jun 2018 dimasukkan dalam projek inovasi.

3. Masalah sebelum Projek Inovasi

Sebelum inovasi, setiap pegawai ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan premis berdasarkan kawasan. Pemeriksaan dijalankan secara rawak ke atas premis-premis yang dijumpai atau dikenali oleh pegawai. Didapati 60% daripada sejumlah 435 premis di Labuan masih belum diperiksa oleh pegawai penguatkuasa farmasi.

4. Keadaan sebelum Inovasi

Siasatan mendapati 60% daripada sejumlah 435 premis di Labuan masih belum diperiksa oleh pegawai penguatkuasa farmasi.

5. Keadaan selepas Inovasi

Selepas inovasi dihasilkan, pegawai menjalankan pemeriksaan berpandukan senarai premis dalam Microsoft Excel workbook yang mengandungi nama premis, alamat, nama dan nombor telefon pemilik serta jenis perniagaan.

6. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi

Inovasi ini dihasilkan dengan kerjasama dari agensi luar iaitu pihak Perbadanan Labuan berdasarkan cetusan idea dari Pegawai di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Labuan. Maklumat dalam inovasi adalah kemas serta selamat dan hanya boleh diakses oleh pegawai.

Inovasi ini meningkatkan liputan premis-premis yang diperiksa dan mengurangkan jurang liputan antara premis-premis di kawasan bandar dan luar bandar. Peningkatan dari 40% ke 57.24% bagi jumlah keseluruhan premis yang diperiksa dan dari 17.78% ke 50.37% bagi premis di kawasan perkampungan direkodkan sepanjang implementasi projek inovasi pada Julai-Disember 2018. Peratus premis yang diulang periksa menurun daripada lebih kurang 40% ke 9% berbanding tahun sebelumnya. Penghasilan inovasi ini tidak melibatkan sebarang kos kerana hanya menggunakan perisian Microsoft Excel.

7. Anggaran kos

Inovasi ini menggunakan komputer dan Microsoft Excel yang sedia ada di dalam setiap unit, maka kosnya adalah sifar.