Pendahuluan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Sarawak  adalah bertanggungjawab dalam memantau dan menganalisa kesan-kesan advers ubat-ubatan yang dialami oleh pengguna melalui pelaporan bulanan Adverse Drug Reaction (ADR) dan Adverse Event Following Immunization (AEFI). Walaupun laporan tersebut dihantar secara atas talian ke Bahagian Farmasi Regulatori Negara (NPRA) sejak  Pharmacy Information System (PhIS) diperkenalkan di fasiliti KKM, namun fungsi akses di peringkat JKN tidak tersedia. Oleh itu,  pelaporan/kompilasi/ekstrak dan analisis secara manual yang memakan masa yang lama masih dipraktikkan di peringkat fasiliti mahupun JKN.

Penerangan projek

Sistem pelaporan atas talian (SPATA) merupakan sebuah projek Inovasi Proses yang mengubah proses kerja manual kepada automatik sepenuhnya bagi mengatasi semua masalah yang wujud sebelum ini dan memberikan manfaat tambahan kepada pengguna sistem. SPATA menggunapakai borang atas talian (Google Form dan Google Sheet) bagi laporan ADR/AEFI. Data yang di laporkan oleh 23 hospital dan 44 klinik kesihatan melalui SPATA dapat dijana dengan pantas serta paparan carta analisa tersedia secara automatik mengikut pola yang dikehendaki di peringkat fasiliti dan peringkat Negeri. Projek ini diilhamkan untuk memudahkan dan mempercepatkan aktiviti pelaporan/kompilasi/ekstrak dan analisis di peringkat fasiliti dan Ibu Pejabat JKN.

Masalah sebelum projek inovasi

Produktiviti kerja adalah terganggu di peringkat fasiliti dan Ibu Pejabat JKN di mana pelapor dan Pegawai Penyelaras memerlukan tempoh masa yang panjang sekurang-kurangnya dalam lingkungan 2-3 hari bagi menyedia laporan/kompilasi/ekstrak dan analisis data demi memastikan data adalah tepat dan berintegriti.

Keadaan sebelum inovasi

Di peringkat fasiliti, peyediaan laporan/kompilasi/ekstrak dan analisis data memakan masa sekurang-kurangnya 2 hari dan mempunyai risiko kesilapan data entri, manakala  di peringkat Negeri pula mengambil masa minima 3 hari di mana setiap data terkumpul yang diterima perlu disediakan dalam Master File Excel dan diterjemahkan dalam bentuk carta secara manual untuk tujuan pembentangan.

Keadaan selepas inovasi

Di peringkat fasiliti dan peringkat Ibu Pejabat JKN , kompilasi data dijalankan dengan pantas iaitu kurang daripada 10 minit kerana data telah dikompilasi secara automatik dan carta atau graf analisa tersedia dengan serta-merta. Di samping itu juga, kesalahan ejaan dan kesilapan data entri dapat dielakkan atau dikurangkan melalui SPATA.  Pelapor fasiliti hanya perlu klik pada pilihan yang diingini pada borang dalam SPATA dan tidak perlu lagi menaip data secara manual ke dalam borang Excel.

Anggaran kos

Projek ini tidak melibatkan sebarang kos