Pendahuluan

Farmasi Pesakit Dalam Hospital Kajang mengamalkan sistem pembekalan ubat secara unit of dose (UDS) kepada semua wad termasuk Wad Pediatrik. Pembekalan ubat antibiotik secara perkongsian kepada Wad Pediatrik melalui projek inovasi WASP dapat mengurangkan pembaziran ubat sekaligus menjimatkan kos penggunaan.

Penerangan projek

WASP adalah projek inovasi proses yang dihasilkan menggunakan Microsoft Excel yang mengandungi formula-formula khas bergantung kepada stabiliti ubat antibiotik masing-masing. Maklumat dos, frekuensi dan bilangan hari diperlukan menentukan bilangan vial/ampul yang perlu dibekalkan. Antara objektif inovasi ini adalah untuk mengurangkan pembaziran ubat antibiotik sekaligus mengurangkan kos penggunaan ubat.

Masalah sebelum inovasi

Di Wad Pediatrik, ubat antibiotik adalah paling banyak digunakan iaitu sebanyak 72.87% berbanding ubat-ubat jenis lain. Pembekalan ubat secara UDS menyebabkan pembaziran kerana pesakit di Wad Pediatrik hanya memerlukan dos antibiotik yang sedikit.

Keadaan sebelum inovasi

Penggunaan vial/ampul yang banyak di Wad Pediatrik telah meningkatkan bebanan kerja. Penyediaan ubat ini juga mengambil masa selama 90 minit. Berlaku lambakan pemulangan ubat oleh wad dan menambah beban kerja untuk mengasingkan semula ubat yang dipulangkan.

Keadaan selepas inovasi

Sebagai langkah penjimatan, pembekalan ubat kepada Wad Pediatrik secara perkongsian diimplementasikan melalui projek inovsi WASP.

Faedah pelaksanaan inovasi

WASP dapat menjimatkan penggunaan vial/ampul sekaligus mengurangkan kos sebanyak 61.1%. Penyediaan ubat juga dapat disingkatkan daripada 90 minit kepada 30 minit. Tenaga kerja dapat dikurangkan dan meningkatkan tahap produktiviti jabatan farmasi melalui peningkatan bediside dispensing dan perekodan PHIS. WASP juga boleh digunakan di unit lain seperti Farmasi IV Admixture dan Farmasi Kecemasan. WASP juga memudahkan pengiraan data yang diperlukan dalam data PF 6.1 disamping berpotensi untuk diadaptasikan ke dalam sistem PHIS.

Kesimpulan

Tiada kos diperlukan untuk penghasilan WASP dan ianya mudah dan mesra pelanggan. Penggunaan WASP memudahkan proses pembekalan ubat secara perkongsian serta mengurangkan kos dan lambakan ubat antibiotik di wad pediatrik.