Pendahuluan: MedSafe Kit bertindak sebagai One Stop Reference kepada anggota kesihatan kerana ia merupakan kompilasi lengkap garispanduan Keselamatan Pengubatan yang ditambah dengan imbasan kod QR. Penerangan Projek:  Kit ini dilengkapi dengan notifikasi terkini pertukaran jenama ubat dan “Look Alike, Sound Alike” (LASA). Kit ini diedarkan dalam format PDF dimana pengguna boleh mengaksesnya menggunakan telefon pintar atau komputer. Borang boleh dicetak dan diisi untuk dihantar ke unit farmasi bagi tindakan selanjutnya. Masalah Sebelum Projek Inovasi: Berlaku pengabaian pelaporan walaupun hakikatnya  kesalahan pengubatan dan ‘Adverse Drug Reaction’(ADR) berlaku. Terdapat percanggahan pendapat berkaitan senarai ubat HAM dan LASA di fasiliti ini.  Pegawai Farmasi (PF) juga perlu memperuntukkan masa dan tenaga untuk mengemaskini pertukaran jenama ubat dan LASA. Keadaan Sebelum inovasi: Terdapat banyak garis panduan dan borang berkaitan keselamatan pengubatan yang perlu dirujuk dan berlaku juga ketidakseragaman pendapat berkaitan senarai HAM dan LASA. Keadaan selepas projek inovasi: Anggota kesihatan hanya perlu mengakses fail MedSafeKit untuk menyemak garis panduan atau borang berkaitan. Data menunjukkan peningkatan pelaporan ADR sebanyak 107.8% dan AEFI sebanyak 200% di PKD Kuala Muda (PKDKM) bagi tahun 2018 berbanding tahun 2017. Senarai ubat HAM dan LASA diseragamkan sebagai rujukan semua. Anggaran penjimatan adalah sebanyak 95% bagi penghasilan satu notifikasi pertukaran ubat dan LASA untuk keseluruhan Klinik Kesihatan di PKDKM. Faedah Perlaksanaan Inovasi:Penggunaan MedSafe kit memberi penjimatan kos dalam anggaran RM145.60 dan penjimatan masa PF sebanyak 5 jam 20 minit dalam penyediaan 1 notifikasi LASA dan pertukaran jenama ubat. Proses ini hanya melibatkan seorang PF. Secara tidak langsung ini meningkatkan tahap produktiviti PF memandangkan lebihan masa itu dapat diluangkan untuk menjalankan tugasan yang lain. Wujud juga keseragaman sudut informasi keselamatan pengubatan sejajar dengan keperluan EKSA dimana mampu mempamerkan imej korporat farmasi. Kit ini mesra pengguna kerana dapat diakses melalui telefon pintar dan komputer. Dengan nilai tambah kod QR memudahkan pengguna untuk mengakses garis panduan asal dan borang-borang berkaitan. Kit ini tidak memerlukan pencetakan sebarang pamplet/ risalah selaras dengan Kempen ‘Go Green’. Selain itu, keciciran laporan kes kesalahan pengubatan, ADR dan AEFI dapat dielakkan. Ini menunjukkan tahap kesedaran kakitangan kesihatan terhadap keselamatan pengubatan semakin meningkat. Anggaran Kos: RM 8.40 untuk penghasilan notifikasi.