Pengenalan

Program Kenali Ubat Anda (KUA) merupakan program penyampaian maklumat berkaitan ubat-ubatan kepada masyarakat. Program ini perlu dilaporkan setiap 3 bulan bagi tujuan pemantauan pencapaian program setiap negeri. Oleh sebab itu, IDQUMC menyediakan proses pengumpulan dan analisis data pelaporan yang mudah, tepat dan pantas dengan menggunakan kemudahan Google Drive.

Sebelum Inovasi

Proses pengumpulan dan analisis data dijalankan secara konvensional, iaitu melalui maklum balas secara bertulis.

Masalah Sebelum Inovasi

Data Program KUA yang diterjemahkan ke dalam format pelaporan tidak seragam. Proses kompilasi dan analisis data yang dilakukan oleh LO mengambil masa sehingga 7 hari (maksimum) menyebabkan real-time data tidak dapat diperoleh. Selain itu, proses kerja yang melibatkan bilangan data yang banyak boleh menyumbang kepada risiko kesilapan data atas faktor kecuaian.

Selepas Inovasi

Proses pengumpulan dan analisis data dijalankan secara automatik melalui IDQUMC.

Faedah Inovasi

Data yang diterima adalah real-time data. Proses kompilasi dan analisis data dari setiap fasiliti seluruh Malaysia disingkatkan kepada 0 minit. IDQUMC mengurangkan beban tugasan pegawai farmasi dalam pengumpulan dan analisis data. Susun atur paparan yang kemas dan arahan yang diberikan mudah difahami menjadikan IDQUMC mesra pengguna. 57 daripada 58 responden menyatakan bahawa pengumpulan dan analisis data adalah lebih mudah selepas implementasi IDQUMC. Liputan akses IDQUMC yang luas membolehkan IDQUMC diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa. Keselamatan maklumat yang terjamin kerana terdapat kawalan pada akses IDQUMC.

Anggaran kos

Kos operasi adalah hanya untuk pembayaran domain iaitu sebanyak RM20 setahun.

Kesimpulan

IDQUMC berjaya mencapai objektif pembentukannya iaitu menyediakan satu proses pengumpulan dan analisis data pelaporan yang lebih mudah, tepat dan pantas.