PENDAHULUAN: Pengenalan antibiotik telah berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit. Walaubagaimanapun, penggunaan antibiotik secara tidak berkawal boleh mengakibatkan pesakit mengalami kerintangan antibiotik. Akibatnya, jangkitan akan menjadi lebih sukar untuk diubati. Program “Antimicrobial Stewardship Analytical Tool” (ASAT) adalah kaedah multidisiplin untuk memastikan antibiotik digunakan secara rasional. PENJELASAN PENYERTAAN KATEGORI INOVASI: Teknologi Informasi MASALAH SEBELUM INOVASI: Tempoh masa yang lebih lama diambil untuk mengumpul data penggunaan antibiotik  yang mengakibatkan analisa penggunaan antibiotik tidak dapat dilakukan dengan lebih kerap dan berkesan. KEADAAN SEBELUM INOVASI: Pengumpulan data melalui Microsoft Excel mengambil masa yang sangat lama. Oleh sebab itu, pengumpulan data tidak dapat dilakukan dengan kerap dan mengakibatkan proses penganalisaan penggunaan antibiotik juga tidak dapat dilakukan dengan kerap.  Audit ke atas penggunaan antibiotik mengikut indikasi berdasarkan Garis Panduan Antibiotik hanya dapat  dijalankan mengikut keperluan kerana terpaksa melalui proses yang rumit dan mengambil masa yang lama. PROJEK INOVASI: Antimicrobial Stewardship Analytical Tool (ASAT) adalah sebuah perisian Program Microsoft Access pangkalan data yang membantu  untuk menjana data penggunaan antibiotik di seluruh hospital dengan mudah dan pantas. KEADAAN SELEPAS INNOVASI: Penggunaan antibiotik lebih mudah untuk dipantau, dijana, dianalisa membolehkan antibiotik digunakan secara berkesan dan terkawal. Keberkesanan program Antimirobial Stewardship dapat di analisa. FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI: Penjimatan masa dalam pengumpulan, pengiraan dan penganalisaan data yang membolehkan proses ini dapat dilakukan dengan lebih kerap. Audit ke atas  corak penggunaan antibiotik juga dapat dijalankan bagi memastikan antibiotik dapat digunakan secara optimum dan terkawal seterusnya dapat mengelak berlakunya kerintangan antibiotik sekali gus dapat menjimatkan kos melalui pengurangan penggunaan antibiotik yang tidak diperlukan. Keberkesanan program Antimirobial Stewardship dapat ditambah-baikkan. ANGARAN KOS: Pangkalan Data ini disimpan di “Shared Harddrive” di Unit IT. Hanya komputer yang disambung kepada Network hospital dapat akses dan masuk data. Kos: RM 0.00 (Indirect RM1500)