Pendahuluan

Saban tahun, semakin ramai bilangan pesakit yang datang ke farmasi klinik kesihatan dalam daerah Temerloh bagi mendapatkan bekalan ubat-ubatan menyebabkan berlakunya kesesakan di kaunter farmasi selain pesakit perlu menunggu lama. Perkhidmatan Value Added Service (VAS) telah ditawarkan seperti Telefon & Ambil, Kad Temu Janji dan Letak & Ambil bagi memudahkan pesakit. Namun begitu VAS yang ditawarkan mempunyai beberapa kelemahan. Oleh itu, satu perkhidmatan VAS yang baru iaitu Farmasi Mobile Application (FMA) bertujuan membolehkan pesakit berdaftar menempah bekalan ubat susulan secara atas talian dengan mudah dan cepat dicipta.

Keadaan Sebelum Inovasi

Masalah yang timbul:
•    Pesakit tidak datang mengambil bekalan ubat-ubatan
•    Masalah ruang penyimpanan ubat-ubatan yang terhad
•    Pesakit tidak berjaya menghubungi pihak farmasi bagi membuat pesanan ubat susulan
•    Pesakit tidak dapat membuat pesanan ubat susulan pada waktu berkerja kerana sibuk bekerja

Keadaan Selepas Inovasi

•    Tempahan ubat-ubatan dapat dilakukan pada luar waktu pejabat dan pada hari minggu
•    Tempahan ubat menggunakan FMA adalah mudah,cepat dan di mana-mana sahaja berada
•    Staf farmasi tidak lagi perlu menjawab panggilan telefon bagi menerima pesanan daripada pesakit
•    Tidak mengganggu tugas staf pada waktu puncak

Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi

Projek ini dapat pengurangan tuntutan kerja lebih masa, membantu mencapai KPI masa menunggu dan memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan.

Kriteria Penilaian

Replikasi:Projek hasil idea kumpulan ini mampu diperluaskan ke seluruh Malaysia dengan anggaran kos yang minimum
Kreativiti :FMA adalah satu VAS yang baru yang belum pernah ditawarkan lagi di fasiliti KKM
Efisyen : Sistem ini dapat menerima pesanan pesakit secara terus dan cepat
Impak Tinggi: Terdapat kira-kira 11 juta rakyat Malaysia yang mempunyai telefon pintar dan FMA mampu memudahkan urusan mereka dalam pengambilan ubat susulan

Kesimpulan

Vas Farmasi Mobile Application telah terbukti mempunyai kelebihan berbanding VAS yang sedia ada dari aspek penempahan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan juga proses pesanan yang mudah,cepat dan tepat