Pendahuluan

Kumpulan “WCare” daripada bahagian farmasi PKDHL telah melaksanakan “pilot project” PC/sistem aplikasi tempahan secara atas talian untuk mengambil ubat melalui telefon pintar atau laman web.

Penerangan Projek

PC akan menyertai pertandingan kategori inovasi teknologi KIKF 2019. Objektif projek PC ialah mengurangkan masa menunggu pengambilan ubat susulan, meningkatkan kepuasan pesakit terhadap perkhimatan tambah nilai (VAS) farmasi dan meningkatkan kadar pengambilan ubat-ubatan VAS.

Masalah sebelum Projek Inovasi

Mengikut kajian, 30% pesakit tidak berpuas hati dengan masa menunggu di farmasi dan 50% kakitangan yang menjaga VAS tidak berpuas hati dengan tatacara sistem kad temujanji (SKT). Pada tahun 2018, 81 hari bekerja diguna dalam bungkusan ubatan SKT yang tidak dituntut. Ini mengakibatkan kakitangan yang menjaga SKT memerlukan lebih ruang bagi simpanan bungkusan SKT dan masa dalam proses pembungkusan dan pengeluaran semula ubatan.

Keadaan sebelum Inovasi

Polisi pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit berpenyakit kronik adalah untuk tempoh sebulan sahaja. Polisi ini menimbulkan beberapa masalah seperti beban kos pengangkutan, kesuntukan masa bagi pesakit terlibat, kesesakan dan waktu menunggu lama di farmasi akibat daripada pesakit perlu hadir beberapa kali ke farmasi untuk mendapatkan bekalan ubatan susulan

Keadaan selepas Inovasi

Pengguna menggunakan PC membuat temujanji pengambilan ubat susulan. Temujanji akan disaring oleh peyelaras. Maklumat temujanji akan diterima pesakit melalui notifikasi pada telefon dan email mereka. Peringatan temujanji boleh didaftarkan dengan “google calendar”. Seterusnya, pesakit datang farmasi bersama kad PC untuk mendapat nombor giliran khas.

Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi

PC menjimatkan 70% masa pengambilan ubat bagi pesakit. Dalam 10000 VAS, PC menjimatkan kos RM 7000 – 12000 dan 18 hari bekerja bagi staff menguruskan bekalan ubat yang tidak dituntut. Dalam kajian yang dijalanlan sepanjang Mei 2019, Kami mendapati kadar pengambilan PC ialah 92% dan 71% pesakit mengambil ubat pada hari temujanji. Selain itu, PC mengurangkan 43% bungkusan ubat yang tidak dituntut. Seramai 90% pesakit dan 82% kakitangan farmasi berpuas hati terhadap perkhidmatan aplikasi PC.

Anggaran kos

PC menggunakan komputer dan Internet sedia ada. Pelan “appypie” yang digunakan adalah percuma, maka tiada kos dalam projek inovasi ini.