Pengenalan

Haemofilia adalah sejenis penyakit di mana darah tidak membeku secara normal. Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic Haemofilia (HMTAC) di Hospital Ampang bertujuan untuk menguruskan pesakit haemofilia dengan lebih efektif dan efisien seterusnya mengelakkan komplikasi dan kematian akibat dari pendarahan yang serius.

Projek inovasi ini merupakan inovasi teknologi yang melibatkan pembangunan aplikasi Haemophilia Pal yang terdiri daripada tiga komponen; i) FactoCalc – kalkulator untuk dos faktor pepekat ii) Diari pesakit yang memudahkan pesakit merekod sejarah pendarahan dan rawatan iii) Maklumat penting sebagai rujukan mengenai simptom pendarahan dan dos rawatan yang diperlukan.

Sebelum dan selepas inovasi dihasilkan

Sebelum inovasi, Pegawai Perubatan mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat penting, pengiraan dos faktor pembekuan dimana proses ini melambatkan rawatan pesakit dan meningkatkan risiko komplikasi daripada pendarahan serius. Maklumat pendarahan dan rawatan pesakit direkod di dalam buku diari HMTAC.

Selepas inovasi, semua maklumat penting pesakit seperti sejarah pendarahan, rawatan dan dos dapat dikesan melalui aplikasi tersebut dengan mudah dan cepat. Ini mengelakkan kesilapan pengubatan, menjimatkan masa dan kos perubatan. Perekodan pendarahan oleh pesakit menjadi lebih mudah dan praktikal. Aplikasi ini adalah mesra pengguna, mudah dibawa dan sukar untuk hilang berbanding buku diari.

Faedah pelaksanaan inovasi

3.1.    Pengurangan kos operasi kerana diari pesakit tidak perlu dicetak
3.2.    Penjimatan masa kerana sejarah pendarahan pesakit dapat dikesan dengan  cepat.
3.3.    Peningkatan tahap produktiviti di HMTAC kerana pengurangan masa menunggu pesakit.
3.4.    Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan dengan aplikasi yang mesra pengguna.
3.5.    Penjimatan tenaga manusia kerana penilaian pesakit dapat dilakukan dengan cepat dan dos dikira dengan mudah dan tepat.
3.6.    Lain-lain faedah termasuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kerana aplikasi ini membantu memudahkan pengurusan pendarahan pesakit Haemofilia seterusnya mengurangkan komplikasi daripada pendarahan serius.

Kriteria penilaian

4.1.    Impak tinggi – Maklumat di dalam aplikasi adalah berdasarkan garis panduan World Federation of Haemophilia dan Protokol Haemofilia MTAC KKM yang boleh diakses dimana sahaja setelah disimpan didalam telefon.
4.2.    Kreativiti – Aplikasi Haemofilia pertama di dunia yang dapat digunakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk kegunaan pesakit dan anggota kesihatan(pegawai perubatan, ahli farmasi)
4.3.    Efisien – Pesakit Haemofilia dapat diuruskan dengan lebih efisien, mudah dan cepat.
4.4.    Replikasi – aplikasi ini boleh direplikasi ke fasiliti lain yang menguruskan pesakit Haemofilia di seluruh dunia.

Kesimpulan

Aplikasi Haemofilia Pal dicipta bertujuan untuk memudahkan semua Pegawai Perubatan dan Farmasi menguruskan pesakit Haemofilia, serta membantu pesakit untuk menguruskan pendarahan ringan dan serius dengan mudah, cepat dan selamat.