1. Pengenalan inovasi

Inotrop merupakan salah satu ubat yang sering digunakan terutama kepada pesakit kritikal untuk memastikan kestabilan hemodinamik. Inotrop juga tersenarai sebagai ubat High Alert Medication (HAM). Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah serius dan kemudaratan yang signifikan kepada pesakit sekiranya digunakan dengan salah. Antara impak kesalahan tersebut adalah extravasation, prolong hospitalization malahan boleh menyebabkan kematian. Ia juga meningkatkan kos rawatan dan boleh menyebabkan tindakan undang undang.

2. Sebelum dan selepas inovasi

Sebelum inovasi, anggota kesihatan mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat mengenai dos, cara dilution, diluent yang sesuai dan kadar infusi untuk inotrop. Maklumat mengenai kestabilan dan penyimpanan inotrop juga diragui. Kajian verifikasi pada tahun 2016 menunjukkan bahawa sebanyak 73% kesalahan yang melibatkan penggunaan inotrop dan tiada protokol yang standard di wad medikal Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Selepas inovasi, semua maklumat mengenai dos, cara dilution, diluent yang sesuai dan kadar infusi boleh didapati melalui aplikasi tersebut dengan mudah, cepat.dan percuma. Maklumat mengenai kestabilan dan penyimpanan juga ada dinyatakan. Dengan adanya aplikasi ini juga kesalahan yang melibatkan inotrop menurun kepada 2%. Kajian kepuasan pelanggan menunjukkan 100% anggota kesihatan berpuas hati dengan aplikasi tersebut.

3. Faedah pelaksanaan inovasi

3.1 Pengurangan kos operasi: Protokol tidak perlu dicetak. Aplikasi android ini boleh diperolehi secara percuma.

3.2 Penjimatan masa: Maklumat cara dilution dan kadar infusi auto tersedia (15 saat sahaja) dengan hanya memasukkan data berat badan dan dos pesakit.

3.3 Peningkatan tahap produktiviti: Aplikasi ini meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan keyakinan anggota kesihatan dalam penggunaan inotrop seterusnya dapat mengelakkan kesalahan inotrop. Ia mengandungi maklumat tepat dan mesra pelanggan.

3.4 Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan: Memudahkan anggota kesihatan dan kajian kepuasan pelanggan menunjukkan 100% berpuas hati.

3.5 Penjimatan tenaga manusia: Pengiraan secara manual tidak diperlukan. Maklumat juga telah tersedia. Penilaian pesakit dapat dilakukan dengan cepat dan dos dikira dengan mudah dan tepat.

3.6 Lain-lain faedah: Kesalahan pengubatan dapat dielakkan kerana semua maklumat megenai inotrop, formula dan kalkulator adalah tepat dan konsisten.

4. Kriteria penilaian

4.1 Impak tinggi: Ia dapat mengelakkan kesalahan pengubatan dan menyelamatkan nyawa pesakit.

4.2 Kreativiti: Ia merupakan projek pertama di Malaysia dimana ia memudahkan pengguna, dan menjimatkan masa. Kos untuk pencetakan protokol juga dapat dikurangkan dengan aplikasi android.

4.3 Efisien: Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan kalkulator inotrop dengan pantas.

4.4 Replikasi: Ia digunakan oleh semua jabatan dan wad diseluruh Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan seluruh Negeri Sembilan termasuk hospital swasta. Langkah seterusnya adalah memperluaskan projek ini untuk diaplikasi di semua hospital seluruh Malaysia.

5. Kesimpulan

My Inotrope PRO telah memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Ia juga dapat menurunkan peratus kesalahan (medication error) yang melibatkan inotrop dari 73% menurun kepada 2%.