1. Latar belakang projek dan penglibatan pihak pengurusan

Projek ini merupakan satu inovasi perkhidmatan cetusan kumpulan Rx Covalence yang menghimpunkan pesakit diabetes di kampung terpilih untuk menyertai sesi interaktif bersama anggota farmasi berpusat dimasjid atau balairaya dengan kolaborasi pemimpin komuniti, pihak jawatankuasa masjid dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri. Inovasi ini bermula pada 15 Oktober 2018 dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) KKM, Dr Ramli bin Zainal pada 9 Mac 2019.

2. Signifikasi pemilihan projek dan pembuktian

Mengikut statistik terkini kira-kira 3.6 juta penghidap diabetes yang tidak terkawal memerlukan perhatian serius. Soal selidik mendapati 87% daripada 100 pesakit kencing manis tidak terkawal di Kuala Nerus menghadapi kesukaran untuk datang sendiri ke klinik untuk mengambil ubat susulan kerana kekangan masa, kekangan keluarga dan factor logistik. Situasi ini menghalang anggota farmasi untuk membuat pemantauan susulan kepada pesakit-pesakit ini.

3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian

Hasil ‘brainstorming’ kami memilih untuk mewujudkan perkhidmatan farmasi di pusat komuniti dengan kerjasama pemimpin komuniti . Pesakit berkumpul di masjid pada hari khamis bermula jam 8.30 pagi. Bacaan gula diambil selepas pendaftaran dibuat disusuli taklimat dan sharing session daripada wakil pesakit untuk recap pembelajaran sesi lepas. Pesakit diagihkan kepada 3 kumpulan dan diketuai seorang anggota farmasi untuk sesi interaktif mengikut modul. Kaedah Visualisation in Participatory Program (VIPP) diaplikasi mengikut modul serta sembang santai permasalahan ubat. Seterusnya, anggota melawat ke rumah pesakit terpilih untuk perkhidmatan farmasi home care.

4. Keberhasilan Projek: Outcome Projek dan Pembuktian

Tahap kepatuhan pesakit terhadap ubat meningkat sehingga 96.8% dan bacaan gula dalam darah pesakit mencatatkan penurunan. Produktiviti farmasi dan unit NCD meningkat . Penjimatan masa kaunseling dan masa menunggu serta penjimatan kos pembekalan ubat dan perbelanjaan pesakit dapat dicapai. Melalui penglibatan Unit NCD, pesakit defaulters dan pesakit baru dapat dikesan. Kajian kepuasan pengguna menunjukkan semua peserta sangat berpuas hati. PICC juga berjaya melahirkan 6 duta kenali ubat anda daripada 3 kampung ini.

5. Keberhasilan Projek: Impak Projek dan Pembuktian

PICC berjaya memperkasakan konsep bringing healthcare closer to home dalam memastikan kesinambungan penjagaan farmaseutikal serta meningkatkan penglibatan ahli keluarga dan komuniti dalam pengurusan ubat di rumah. Program ini memberi impak positif kepada pesakit dengan pendekatan santai kaunseling berkumpulan dalam kejiranan. Penglibatan farmasi komuniti telah mewujudkan kerjasama jabatan kesihatan dan swasta.

6. Potensi Pengembangan Projek

Inovasi ini telah dibentangkan di peringkat KKM pada 16 Januari 2019. Pencapaian ini dibentangkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu bersama ketua-ketua unit pada 5 Mac 2018. Perkongsian inovasi ini dibentangkan di Monash University bersama pegawai farmasi dari Australia pada 3 Mei 2019 dan dikongsi di Seminar Perkongsian Hasil Inovasi 2019 di Cyberjaya pada Julai 2019 yang disertai pengurusan tertinggi KKM.