1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Insu-L adalah projek dalam Bidang KIK Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan. Projek ini adalah penambahbaikkan kepada satu pemudah cara bagi memudahkan pesakit serta masyarakat mengetahui dengan lebih mudah cara penyimpanan ubat di dalam peti sejuk. Projek ini telah dibentangkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang dan Pengarah HGM dan telah diluluskan pada 17 Mac 2018. Projek ini juga telah diperaku oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Kelantan.

2. Signifikasi Pemilihan Projek dan Pembuktian

Fungsi utama Unit Farmasi adalah membekalkan ubat yang berkualiti kepada pesakit dengan maklumat yang betul serta lengkap dan selamat digunakan. Projek ini membolehkan serta memastikan ubat yang berkualiti dan maklumat lengkap tentang penyimpanan ubat.
Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Stakeholder iaitu memastikan ubat dibekalkan kurang daripada 30 minit sekiranya tiada masalah dalam preskripsi ubat tersebut. Projek ini juga sehaluan dengan Pelan Strategik Program Farmasi 2017-2020 Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM. Projek ini berkait secara langsung dengan Dasar Ubat Nasional (DUNas) dan juga Rancangan Malaysia ke 11 (2016-2020) bab

3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian

Dengan menggunakan analisis SWOT , beberapa penyelesaian telah diperolehi iaitu:
-Pelekat label insulin
- Fridge magnet
- Bunting Insu-L
- Insu-L di hebahkan melalui media sosial
Pelaksanaan Tindakan Penyelesaian:
Rekabentuk prototaip telah dibina hasil daripada pencambahan minda dan daya pemikiran kreatif ahli dan Analisa Pro Kontra telah dibuat terhadap prototaip-prototaip yang dibuat.

4. Keberhasilan Projek : Outcome Projek dan Pembuktian

Peningkatan kefahaman pesakit terhadap penyimpanan insulin
Pengurangan tempoh kaunseling
Peningkatan pencapaian kaunseling diabetes
Pengurangan pemulangan dan kos kerosakan ubat
Penurunan keputusan ujian HbA1c pesakit Diabetes KKBGM tahun 2018 yang melebihi paras 8%.

5. Keberhasilan Projek : Impak Projek dan Pembuktian

Berlaku peningkatan dalam prestasi kerja dalam kalangan staf melalui satu soal selidik kepada staf.
Meningkatkan imej jabatan di PKD GM dan HGM
Penyeragaman projek telah dibuat di seluruh Kelantan.
Kolaborasi Bersama Pasukan Pharmacy Information System (Phis) KKM.
Insu-L Sebagai Saguhati Pengunjung Pameran Kenali Ubat Anda (KUA)
Program Duta Prihatin Masyarakat (PDPM).

6. Potensi Pengembangan Projek

Pendaftaran Harta Intelek – Myipo
Pendaftaran Hak Cipta Insu-L telah dipohon kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia, no pendaftaran : LY2018002332
Penyeragaman Ke Seluruh Fasiliti KKM (melalui PhIS)