1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Teras utama program harm reduction adalah untuk menghalang transmisi penyakit berjangkit iaitu HIV, Hepatitis dan Tuberkulosis. Selain itu, untuk meningkatkan sosio ekonomi, mengurangkan penyalahgunaan dadah dan meningkatkan keselamatan masyarakat serta mengurangkan kegiatan jenayah yang dikaitkan dengan penagihan. Kerajaan juga komited dan berterusan dalam memerangi dadah ini serta memperkukuhkan lagi dengan mengariskan dalam polisi. Terdapat kes kesalahan pengambilan ubat sirap methadone akibat daripada penyimpanannya yang tidak betul bagi Dos Bawa Balik (DBB). Kecuaian ini boleh menyebabkan kematian. Ada pula, DBB disalahguna dalam kalangan klien methadone.

2. Signifikasi Pemilihan Projek dan Pembuktian

Kumpulan kami telah menjalankan konsep “design thinking” bagi mecari kaedah dan penyelesaian kepada isu semasa methadone iaitu kesalahan pengambilan ubat sirup methadone dengan sediaan ubat demam dan batuk, tempat penyimpanan yang tidak sesuai dan terdedah kepada risiko tersalah minum dan penyalahgunaan terhadap DBB. Melalui konsep “design thinking”, kami telah menggunakan teknik empati bagi menyelami klien methadone dengan memahami keadaan semasa, melakukan pemerhatian dan melibatkan diri bersama klien methadone. Selepas itu, kami menggunakan teknik mengupas dan merekabentuk sudut pandangan”point of view” dari empati yang telah dijalankan. Seterusnya kami menjalankan “brain storming” untuk mendapatkan idea prototaip yang ingin dibangunkan. Protaip ini menjalani beberapa siri ujian (MSB-1 dan MSB-2) bagi memastikan selamat digunapakai oleh klien methadone. Ujian yang dijalankan melibatkan kajian keselamatan penutup dan suhu bekas tempat penyimpanan.

3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian

Metha Safe Box dapat meningkatkan keselamatan penyimpanan sirap methadone di rumah klien methadone yang menerima DBB dan anggota farmasi. Risiko kesalahan ubat dapat dikurangkan. Ia dapat mengurangkan penyalahgunaan DBB di rumah. Metha Safe Box adalah produk yang berkonsepkan “Go Green” dan menjimat kos.

4. Keberhasilan Projek : Impak / Outcome Projek dan Pembuktian

Metha Safe Box dihasilkan dengan menggunakan barangan kitar semula dan berkonsepkan “Go Green”. Bekas penyimpanan ubat sirap methadone termurah yang pernah dihasilkan dan boleh direplikasi dengan mudah. Projek Metha Safe Box ini telah dikembangkan dan digunapakai di fasiliti kesihatan dalam daerah Pontian.

5. Potensi Pengembangan Projek

Metha Safe Box dihasilkan dengan menggunakan barangan kitar semula dan berkonsepkan “Go Green”. Bekas penyimpanan ubat sirap methadone termurah yang pernah dihasilkan dan boleh direplikasi dengan mudah. Projek Metha Safe Box ini telah dikembangkan dan digunapakai di fasiliti kesihatan dalam negeri Johor.