1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Program Pemulangan Ubat oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mula dilaksanakan pada tahun 2010 sebagai inisiatif untuk menguruskan pelupusan ubat-ubatan agar lebih selamat dan mesra alam. Berdasarkan garispanduan edisi 3/2016, kesemua ubat-ubatan yang dipulangkan oleh pesakit terpaksa dilupuskan atas saranan WHO. Kos ubat dan kos pelupusan menjadi pembaziran yang besar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 2017 sahaja, anggaran kos ubat dan kos pelupusan yang telah dibazirkan oleh pesakit di Hospital Kulim adalah sebanyak RM 65,000.

2. Signifikasi Pemilihan Projek dan Pembuktian

Program Medicare 3R merupakan inovasi penyampaian perkhidmatan kategori penambahbaikan. Ia diadaptasi daripada konsep kitar semula dan diaplikasikan untuk program pemulangan ubat di Farmasi Pesakit Luar. Program ini bertujuan untuk mengurangkan ubat yang dipulangkan oleh pesakit yang tidak dapat diguna semula. Ia berkonsepkan 3R cuma diubahsuai mengikut kesesuaian program. Ia menggantikan terma 3R yang asal (Reduce,Reuse,Recycle) kepada Review, Return & Reduce. Melalui program ini, pesakit digalakkan untuk memulangkan ubat serta merta ke Farmasi bukannya dengan cara mengambil stok ubat yang baru dan memulangkan ubat lama di rumah.

3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian

Anggaran jumlah kos penjimatan yang diperolehi daripada program ini adalah sebanyak RM 241,824.72 setahun iaitu RM 219,309.72 daripada kos ubat yang dipulangkan terus di Kaunter Farmasi, RM 20,196 daripada pengurangan kos ubat yang dipulangkan dari rumah serta RM 2318.99 daripada kos pelupusan. Ia juga telah menjimatkan masa kakitangan yang menguruskan pemulangan ubat sebanyak 45.8% (9.25 jam sebulan) dan ini dapat meningkatkan produktiviti kerja kakitangan. Didapati pembaziran.

4. Keberhasilan Projek : Impak / Outcome Projek dan Pembuktian

Faedah yang diperolehi secara tidak langsung daripada program ini adalah dengan membantu mengurangkan pencemaran secara menggalakkan pesakit melupuskan ubat dengan cara yang betul. Pengurangan stock piling di rumah juga akan mengurangkan risiko pengurusan ubat dengan cara yang tidak betul. Program ini juga dapat membantu mengurangkan kekeliruan pesakit tentang pengubatan sendiri serta membantu mengurangkan potential harm kepada pesakit serta ahli keluarga. Apabila terdapat lambakan lebihan ubat di rumah akan meningkatkan risiko keracunan ubat-ubatan dan kesilapan pengubatan boleh berlaku. Selain itu, ia juga membantu mengoptimakan perbelanjaan kerajaan khususnya perbelanjaan pembelian ubat-ubatan.

5. Potensi Pengembangan Projek

Projek ini berpotensi untuk dikembangkan ke Fasiliti lain kerana ia tidak memerlukan prosedur yang rumit, tidak memerlukan kos yang besar dan perlaksanaannya dapat dilakukan dengan pantas. Impaknya akan dapat dioptimakan dan manfaatnya akan dinikmati khususnya di fasiliti dan di Kementerian Kesihatan Malaysia secara umumnya.