1)Latar belakang projek & penglibatan pihak pengurusan

Projek ini adalah lanjutan daripada kajian yang dijalankan oleh Pegawai Farmasi Tan Jien Lee pada tahun 2015 berkenaan “Role of Pharmacist in Patients on Topical Intraocular Pressure Lowering Agent”. Semasa pemilihan tajuk, kajian ini mendapati 43.8% daripada pesakit glaukoma menyatakan mereka terlupa untuk menitiskan ubat titisan mata dan 6.3% menyatakan regimen ubat yang kompleks menyebabkan mereka sukar patuh dengan titisan ubat mata.Lanjutan daripada kajian tersebut, kumpulan ini mengambil keputusan untuk mencuba memberikan penyelesaian terhadap masalah ini.
Pihak pengurusan Hospital Melaka menyokong penuh dan mengiktiraf projek ini dengan memberi sokongan moral dan idea-idea yang bernas untuk memperbaiki mutu iBox ini. JKN Melaka juga membantu dari segi kewangan untuk membekalkan dana untuk penghasikan iBox. Pengarah Hospital Melaka juga menyokong projek ini untuk dikembangkan kepada hospital lain yang berdekatan.

2) Signifikan pemilihan projek dan Pembuktian

Punca utama masalah yang menyumbang kepada ketidakpatuhan terhadap ubat titis mata bagi penyakit glaucoma adalah regimen ubat yang agak kompleks bagi pesakit untuk mengingatinya. Kumpulan ini telah mencari pernyataan masalah dengan menggunakan teknik design thinking. Kami mengenalpasti satu masalah iaitu semasa menemubual pesakit menyatakan mereka keliru dengan kekerapan menitis ubat mata dengan betul.

3) Keberhasilan Projek : Outcome Projek dan Pembuktian

Langkah pertama penggunaan ubat mata adalah membasuh tangan. Daripada jumlah 44 pesakit yang menerima iBox, sejumlah 42 (95.5%) pesakit ingat membasuh tangan berbanding dengan 32(78%) pesakit yang tidak terima iBox.
Dengan alat pembantuan iBox, 44 (100%) pesakit menyatakan bahawa kepatuhan menggunakan ubat titisan mata telah meningkat. Dengan pembantuan alat iBox, sebanyak peningkatan sebanyak 88.6% yang menyatakan bahawa kekeliruan terhadap penggunaan ubat titisan mata telah dikurangkan. Setelah ujicuba dijalankan, semua 44 (100%) pesakit yang amat berpuas hati dengan pemberian iBox sebagai alat pembantuan untuk mereka mengingati cara penggunaan ubat titis mata dengan betul.

4) Keberhasilan Projek : Impak Projek dan Pembuktian

Selepas projek dijalankan, banyak masalah yang dapat diatasi yang berkaitan dengan kepatuhan ubat oleh pesakit. Dengan adanya iBox, regimen ubat mata yang kompleks menjadi mudah untuk pesakit menguruskan ubat sekaligus meningkatkan kepatuhan.

5) Potensi Pengembangan Projek

Kumpulan ProPharm telah mencetak dan menghasilkan sebanyak 600 keping iBox untuk meneruskan proses penyeragaman dan melaksanakan projek tersebut di Hospital Muar, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultanah Ismail, Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin.