1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Ubat pulang ialah ubat yang telah dibekalkan kepada pesakit dalam wad tetapi tidak lagi digunakan kerana perubahan regimen atau pesakit telah didiscaj. Wad dan Farmasi Pesakit Dalam mengalami masalah lambakan ubat pulang yang tidak teratur dan merumitkan proses penyimpanan untuk kegunaan semula. Penyelesaian segera dan berkesan daripada aspek prosedur kerja dan teknikal perlu dilaksanakan untuk memastikan masalah ini tidak menjejaskan perkhidmatan pembekalan ubat di wad dan farmasi.

2. Signifikasi Pemilihan Projek dan Pembuktian

1) Misi & Visi Jabatan: - memastikan pengurusan ubat pulang yang berkualiti tinggi
2) Garis Panduan Program Pemulangan Ubat – pelupusan ubat yang selamat dan mesra alam.
3) Inisiatif Program Perkhidmatan Farmasi KKM – “no shortage no wastage”
4) RMK11- Penjagaan kesihatan berkualiti melalui penambahbaikan sistem penyampaian
5) Ekosistem semasa – bekas ubat pulang bersaiz kecil dan ubat pulang bercampur aduk menyukarkan proses pemulangan ubat.
6) Teguran ISO dan kejadian ‘medication error’ berhubung kait dengan ubat pulang.

3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian

Melalui kaedah design thinking dan pengundian ahli kumpulan, Systematic Medications Return Kit (SMART-KIT) telah dihasilkan.
SMART-KIT ialah satu kaedah pengurusan ubat pulang yang merangkumi:
1) Alat khas (beg) untuk pengendalian ubat pulang iaitu beg ubat pulang di wad dan bekas ubat pulang di farmasi
2) Garis panduan spesifik untuk pengurusan ubat pulang di wad dan farmasi

4. Keberhasilan Projek: Outcome & Impak Projek & Pembuktian

1) Mengurangkan petugas dan masa untuk menguruskan ubat pulang di wad dan farmasi
2) Penyimpanan ubat pulang yang lebih kemas dan teratur
3) Mengelakkan pembaziran akibat ubat rosak atau telah luput tarikh guna disebabkan penyimpanan yang tidak sistematik
4) Peningkatan kepuasan pelanggan dan pekerja
5) Kewujudan Garis Panduan Pengurusan Ubat Pulang HSNZ
1) Membentuk kerjasama pintar
2) Penjimatan tenaga kerja dan masa pemprosesan ubat pulang membolehkan penambahan servis Farmasi Pesakit Dalam
3) Penambahan wad yang menggunakan sistem UD.
4) Pengurangan kejadian ‘medication error’.
5) Kecukupan stok
6) Peningkatan imej jabatan dan hospital

5. Potensi Pengembangan Projek

SMART-KIT telah diuji dan mendapat pengesahan keselamatan daripada pihak Radicare dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Terengganu. SMART-KIT telah mendapat Notis Pemberitahuan Hak Cipta dari pihak MyIPO.
Projek ini telah digunakan di semua wad perubatan di HSNZ dan berada dalam proses replikasi kepada semua hospital daerah di Terengganu.