1. Latar Belakang Projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Bedside Dispensing ialah pembekalan ubat discaj kepada pesakit di wad. Permintaan Bedside Dispensing meningkat sebanyak 461% dari tahun 2014 hingga tahun 2017 seiring dengan pertambahan jumlah kemasukan dan discaj pesakit di Hospital Serdang. Selain itu, terdapat isu kelewatan pembekalan ubat discaj dan medication error yang dilaporkan.

2. Signifikasi Pemilihan Projek dan Pembuktian

Objektif projek ini memastikan setiap sesi Bedside Dispensing dijalankan dalam tempoh kurang dari 60 minit setelah ubat dibawa oleh anggota farmasi ke wad dan mensasarkan sifar kesalahan pembekalan ubat discaj. Soal selidik sebelum projek telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa Bedside Dispensing. Projek ini telah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan Farmasi dan Pengarah Hospital Serdang.

3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian

Kumpulan mengaplikasikan kaedah Design Thinking melalui langkah Empathy, Define, Ideate, Prototype dan Testing serta menjana idea menggunakan teknik Brainstorming. Kumpulan bersetuju untuk menghasilkan dua produk inovasi iaitu beg berkompartmen (BD BUDDY BAG) dan meja mudah alih (BED BUOY) untuk kegunaan semasa Bedside Dispensing. Empat prototaip beg dan meja telah dihasilkan dan dua kali ujicuba telah dijalankan. Perakuan keselamatan penggunaan produk inovasi diperolehi daripada pihak NIOSH dan OSHA. Pelaksanaan inovasi telah dijalankan di semua wad di Hospital Serdang.

4. Keberhasilan Projek : Outcome Projek dan Pembuktian

Outcome projek termasuklah penjimatan masa sebanyak 259 jam setahun, peningkatan tahap keselamatan pesakit dengan pengurangan risiko kesilapan pembekalan ubat, anggaran penjimatan kos operasi Bedside Dispensing seluruh Malaysia sebanyak RM145 ribu setahun, produktiviti Jabatan Farmasi cemerlang melalui peningkatan statistik Bedside Dispensing (24%) dan kaunseling Farmasi Pesakit Dalam (25%) dari tahun 2016-2018, anggota farmasi dapat menjalankan Sistem Unit Dose yang terbukti selamat dan kos efektif dengan masa yang dijimatkan seterusnya meningkatkan sebanyak 20% bilangan wad yang menggunapakai sistem ini pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya, Jabatan Farmasi kekal mendapat Gred A selama 3 tahun berturut-turut (2016-2018) serta tahap kepuasan pesakit dan pekerja meningkat. Antara outcome luar jangka ialah BD BUDDY BAG yang ergonomik selamat untuk kegunaan jangka masa panjang, perbelanjaan kerajaan dioptimumkan dengan pengurangan penggunaan beg plastik, alam sekitar terpelihara, keseronokan bekerja bertambah, penampilan anggota lebih professional serta perkhidmatan Bedside Dispensing lebih efisien dengan penggunaan BED BUOY.

5. Keberhasilan Projek : Impak Projek dan Pembuktian

Impak projek termasuklah objektif kerajaan ke arah pertumbuhan berpaksikan rakyat (RMK11) tercapai, aspek keselamatan dan kualiti hidup rakyat terjamin, kehidupan rakyat sejahtera, sistem kesihatan negara diperkasa, peningkatan penyampaian perkhidmatan sektor kesihatan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa, penggunaan sumber secara optimum, peningkatan penyampaian perkhidmatan melalui inovasi dan teknologi serta ekosistem terpelihara. Antara impak luar jangka adalah imej organisasi dan jabatan meningkat, kualiti penyampaian perkhidmatan bertambah baik, menjana pendapatan hasil pengkomersialan, penambahan peluang pekerjaan, pengurangan aduan orang awam terhadap sektor kesihatan dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan sektor awam.

6. Potensi Pengembangan Projek

Projek ini telah bersedia untuk dikembangkan. Promosi dan pembentangan telah dijalankan di peringkat jabatan, organisasi dan negeri. Sehingga kini, Hospital Ampang dan Hospital Kajang adalah antara hospital yang telah menggunakannya.. Pendaftaran bagi perlindungan harta intelek menerusi MyIPO sedang dalam proses permohonan dan kelulusan.