Pemilihan Peluang Untuk Penambaikan

Terdapat lambakan bilangan premis di dalam pasaraya yang menjual ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi di daerah Kota Bharu menyebabkan pengguna terdedah dan terpedaya dengan produk-produk ini yang akhirnya memudaratkan keselamatan dan kesihatan mereka. Masyarakat juga mudah dikelirukan oleh testimoni dan tuntutan yang meragukan daripada peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Tanpa kawalan, penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi ini mampu meragut hidup pengguna.

Pengukuran Utama Penambahbaikan

Penetapan standard adalah sebanyak 0% bilangan premis di dalam pasaraya yang menjual ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi di daerah Kota Bharu.

Proses Pengumpulan Maklumat

Kajian dijalankan secara hirisan lintang iaitu Kajian awal (verifikasi masalah) dijalankan  bermula 01/03/17 hingga 01/04/17. Kajian pemulihan (untuk menjalankan langkah penambaikan) pada 01/04/17 hingga 30/06/17. Seterusnya kajian post-pemulihan pada 01/07/17 hingga 31/07/17 untuk melihat dan menilai keberkesanan langkah-langkah penambahbaikan. Teknik persampelan adalah secara `Convenient Sampling’. Data dikumpul dengan mengedarkan Borang Soal Selidik kepada responden iaitu peniaga atau pekerja premis tidak berlesen yang ditemui semasa pemeriksaan dan data dianalisa menggunakan Microsoft Excel 2010.  Sebanyak 33 buah premis di dalam pasaraya yang menjual ubat tidak berdaftar & kosmetik tidak bernotifikasi di daerah Kota Bharu telah dikenalpasti.

Analisa Dan Interpretasi

Hasil kajian pra pemulihan mendapati 73% (N= 24)responden berpengetahuan tentang Ubat Tidak Berdaftar dan Kosmetik Tidak Bernotifikasi. Hasil pemeriksaan pula mendapati 30.3% (n= 10)premis tidak berlesen yang diperiksa ada menjual ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi. Antara faktor utama penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi ialah: 1) Pengaruh iklan di media cetak dan media massa yang menarik (n=19), 2) Pengguna inginkan kesan yang cepat  (n=16) dan 3) Permintaan tinggi pengguna (n=14)

Strategi Penambahbaikan

Sebagai tindakan pemulihan, 1) Dialog dan kerjasama bersama Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyaring skrip iklan sebelum ke udara, 2) Sebaran infografik dan interaksi secara maya kepada pengguna melalui facebook, Instagram dan telegram, 3) Penubuhan satu Group WhatsApp Broadcast untuk menyebarkan informasi dan poster berkaitan ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi, 4) Mengadakan dialog bersama Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan pendedahan keperluan perundangan Farmasi  kepada para peniaga sebelum lesen perniagaan diluluskan.

Kesan Penambahbaikan

Kerberkesanan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan dinilai berasaskan pemeriksaan semula premis responden. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 4 buah premis masih menjual Ubat Tidak Berdaftar dan Kosmetik Tidak Bernotifikasi menjadikan ABNA Post Kajian sebanyak 12.1%. Ini merupakan penurunan ABNA sebanyak 18.2%.

Langkah Seterusnya

Menjalankan pemeriksaan secara berkala setiap tiga bulan ke atas premis yang terlibat, melibatkan golongan penjual dan peniaga premis tidak berlesen dalam aktiviti penguatkuasaan sepertii mengadakan pameran di sekolah, universiti dan pasaraya. Selain itu,

menjalankan kajian terhadap kumpulan sasaran yang lain seperti pembekal ubat-ubatan dan kosmetik, peniaga online dan sebagainya.