PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAH BAIKAN
Klinik Methadone KK Larkin telah ditubuhkan pada 2007. Kajian verifikasi dijalankan kepada 63 pesakit mendapati 34.9% pesakit Methadone sahaja berjaya mencapai bebas dadah rekreasi setelah menjalani RTG Methadone. Dadah rekreasi ialah dadah psikoaktif yang digunakan untuk tujuan selain daripada perubatan yang boleh mendatangkan keseronokan dan ketagihan. Pesakit dikategorikan sebagai bebas dadah rekreasi sekiranya mencapai keputusan negative bagi kesemua kumpulan dadah yang dianalisa dalam Ujian Urin Dadah (Opiate, Cannabis, Methamphetamine, Benzodiazepine). Pengambilan methadone bersama dadah berbahaya boleh meyebabkan kesan sampingan yang serius meningkatkan risiko morbidity dan mortaliti.

PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKKAN
Indikator ialah peratus pesakit Methadone bebas dadah rekreasi. AADK Negara telah berjaya mencapai 60% pengekalan pemulihan (bebas dadah rekreasi) bagi tahun 2016 berbanding sasaran pelan tindakan AADK (40%). Standard optimum yang dipersetujui oleh ahli kumpulan adalah 60%.

PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT
Kajian dijalankan terhadap 63 pesakit. Kajian verifikasi dijalankan pada Januari 2017. Fasa 1 (Februari–April 2017), Fasa 2 (April–Jun 2017) dan Fasa 3 (Jun-September 2017). Kajian diteruskan dengan Fasa Kelestarian (Disember 2017 hingga Jun 2018).

ANALISIS DAN INTERPRETASI
Kajian verifikasi menunjukkan 34.9% pesakit berjaya mencapai bebas dadah rekreasi (ABNA=25.1%). Kajian mengenalpasti faktor penyumbang mencatatkan empat faktor utama iaitu anggota tidak mendapat latihan khas untuk teknik kaunseling secara formal (100%), kaunseling tidak berkesan (53%), pesakit tidak dapat menahan keinginan (48%), pandangan serong masyarakat (45%), serta faktor-faktor lain. Dalam fasa kelestarian semua faktor menunjukkan penurunan kecuali dua faktor diluar kawalan iaitu pesakit mudah mendapat bekalan dadah (38%) dan pengaruh rakan (38%)

STRATEGI PENAMBAHBAIKAN
Kursus Pemantapan Intervensi Psikososial, pengadaptasian teknik kaunseling FRAMES (Feedback, Responsibility, Advice, Menu of Options, Empathy, Self of efficacy), penubuhan Kelab Metha, kaunseling berkumpulan secara berkala serta mengadakan sistem reward menggunakan Kupon Dos Dibawa Balik (DBB) dan Kupon Aktiviti dijalankan dalam Fasa 1. Penglibatan Interagensi (Fasa 2) serta penerapan unsur kerohanian dalam Fasa 3. Fasa Kelestarian memantapkan proses defaulter tracing dan penerapan kesedaran undang-undang penyalahgunaan dadah.

KESAN PENAMBAHBAIKAN
Peningkatan peratus pesakit Methadone bebas dadah rekreasi sebanyak 47.9% (Fasa 1), 49.2% (Fasa 2) seterusnya 61.3% (Fasa 3). Dalam Fasa Kelestarian peratus kejayaan meningkat sebanyak 65.1%. ABNA diturunkan daripada 25.1% (Pra Pemulihan) kepada -1.3% (Fasa 3). Kejayaan ditingkatkan lagi dalam Fasa Kelestarian dengan ABNA mencapai -5.1%.

LANGKAH SETERUSNYA
Perlaksanaan replikasi strategi penambahbaikan di klinik lain dibawah PKJB. Perancangan bagi pengukuhan modul kaunseling semasa saringan awal pesakit, penambahan modul pengurusan kerjaya serta penglibatan keluargan sedang dijalankan.