Bermula tahun 2019, Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi akan menggunakan satu logo baru yang akan kekal sebagai logo ikonik bagi tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, pertandingan mereka bentuk logo ini akan dijalankan bagi memilih logo yang paling sesuai bagi tujuan ini.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, pastikan penyertaan anda mematuhi kriteria berikut:

  • Elakkan mencatat, melukis, menggambarkan dan sebagainya tahun 2019 pada logo
  • Tidak melebihi 3 warna
  • dan lain-lain kriteria seperti digariskan dalam lampiran

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Januari 2019. Jangan lepaskan peluang ini. Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut dan syarat pertandingan.

banner