C6: Perlaksanaan Pengurusan Pembekalan Ubat yang Efektif kepada Pesakit Discaj di Wad – Hospital Serdang, Selangor

1. Latar Belakang Projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Bedside Dispensing ialah pembekalan ubat discaj kepada pesakit di wad. Permintaan Bedside Dispensing meningkat sebanyak 461% dari tahun 2014 hingga tahun 2017 seiring dengan pertambahan jumlah kemasukan dan discaj pesakit di Hospital Serdang. Selain itu, terdapat isu kelewatan pembekalan ubat discaj dan medication error yang dilaporkan.

C5: C-Rush – Hospital Kuala Krai, Kelantan

1. Latar Belakang Projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Masa menunggu pesakit yang melebihi 30 minit untuk mengambil ubat sediaan ekstemporaneous di Farmasi Pesakit Luar, Hospital Kuala Krai. Masalah ini terjadi disebabkan oleh kesukaran staf farmasi untuk menghancurkan ubat bagi sediaan ekstemporaneous.

C4: Insu-Safe K – Pejabat Kesihatan Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan

1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Keberkesanan rangkaian sejuk insulin selepas pembekalan kepada pesakit diragui oleh pihak preskriber di mana prescriber mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam cara pengendalian dari pihak pesakit. Justeru itu, Insu-safe kit ini direka untuk menangani masalah ini.
Projek Insu-safe kit ini diluluskan oleh pihak pengurusan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan dibentangkan kepada pihak pengurusan pada 5 September 2017 dan memperoleh kelulusan diseragam di seluruh daerah pada 29 Ogos 2017.

C3: Intelligent Capper (i-Cap) – Hospital Kuala Lumpur

1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

i-Cap dihasilkan kerana keperluan untuk menutup semula (recapping) jarum di dalam amalan farmasi nuklear. Masalah kesihatan daripada tumpahan dan pencemaran radiasi boleh berlaku jika amalan ini tidak dilakukan. Terdapat garis panduan dan program latihan yang diterbitkan, namun “needle stick injury” (NSI) masih menjadi masalah yang berterusan.

C2: Pengurusan Ubat Pulangan Mengambil Masa yang Lama – Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu

1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Ubat pulang ialah ubat yang telah dibekalkan kepada pesakit dalam wad tetapi tidak lagi digunakan kerana perubahan regimen atau pesakit telah didiscaj. Wad dan Farmasi Pesakit Dalam mengalami masalah lambakan ubat pulang yang tidak teratur dan merumitkan proses penyimpanan untuk kegunaan semula. Penyelesaian segera dan berkesan daripada aspek prosedur kerja dan teknikal perlu dilaksanakan untuk memastikan masalah ini tidak menjejaskan perkhidmatan pembekalan ubat di wad dan farmasi.

C1: iBox – Hospital Melaka, Melaka

1)Latar belakang projek & penglibatan pihak pengurusan

Projek ini adalah lanjutan daripada kajian yang dijalankan oleh Pegawai Farmasi Tan Jien Lee pada tahun 2015 berkenaan “Role of Pharmacist in Patients on Topical Intraocular Pressure Lowering Agent”.

K6: Program Medicare 3R, Hospital Kulim, Kedah

1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Program Pemulangan Ubat oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mula dilaksanakan pada tahun 2010 sebagai inisiatif untuk menguruskan pelupusan ubat-ubatan agar lebih selamat dan mesra alam. Berdasarkan garispanduan edisi 3/2016, kesemua ubat-ubatan yang dipulangkan oleh pesakit terpaksa dilupuskan atas saranan WHO. Kos ubat dan kos pelupusan menjadi pembaziran yang besar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

K5: Metha Safe Box (MSB), Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Johor

1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Teras utama program harm reduction adalah untuk menghalang transmisi penyakit berjangkit iaitu HIV, Hepatitis dan Tuberkulosis. Selain itu, untuk meningkatkan sosio ekonomi, mengurangkan penyalahgunaan dadah dan meningkatkan keselamatan masyarakat serta mengurangkan kegiatan jenayah yang dikaitkan dengan penagihan. Kerajaan juga komited dan berterusan dalam memerangi dadah ini serta memperkukuhkan lagi dengan mengariskan dalam polisi.

K4: Insu – L, Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, Kelantan

1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Insu-L adalah projek dalam Bidang KIK Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan. Projek ini adalah penambahbaikkan kepada satu pemudah cara bagi memudahkan pesakit serta masyarakat mengetahui dengan lebih mudah cara penyimpanan ubat di dalam peti sejuk. Projek ini telah dibentangkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang dan Pengarah HGM dan telah diluluskan pada 17 Mac 2018. Projek ini juga telah diperaku oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Kelantan.

K3: Transit Med-Kit, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan

1. Latar belakang projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

Transit Med-Kit diilhamkan dari program Patients’ Own Medications (POMs) yang merupakan inisiatif Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (PPF, KKM) untuk menggalakkan penggunaan ubat kepunyaan pesakit di wad. Projek ini telah mendapat kelulusan daripada pengarah hospital.