K1: Pharmacy Integrated Community Care (PICC), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Terengganu

1. Latar belakang projek dan penglibatan pihak pengurusan

Projek ini merupakan satu inovasi perkhidmatan cetusan kumpulan Rx Covalence yang menghimpunkan pesakit diabetes di kampung terpilih untuk menyertai sesi interaktif bersama anggota farmasi berpusat dimasjid atau balairaya dengan kolaborasi pemimpin komuniti, pihak jawatankuasa masjid dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri. Inovasi ini bermula pada 15 Oktober 2018 dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) KKM, Dr Ramli bin Zainal pada 9 Mac 2019.