T9: Sistem Pengurusan Pendaftaran Ahli Farmasi (PRiSMA)

Sistem Pengurusan Pendaftaran Ahli Farmasi (PRiSMA) adalah satu sistem yang menyediakan perkhidmatan atas talian secara “end-to-end” kepada ahli farmasi di Malaysia yang membawa satu inovasi teknologi di bawah Program Perkhidmatan Farmasi. PRiSMA dibangunkan bagi mencapai objektif (i) pengeluaran sijil kepada ahli farmasi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dan (ii) menyediakan satu sistem atas talian yang mesra pengguna, prestasi sistem yang stabil dan penyampaian data terkini.

T8: Aplikasi Haemophilia Pal

Pengenalan

Haemofilia adalah sejenis penyakit di mana darah tidak membeku secara normal. Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic Haemofilia (HMTAC) di Hospital Ampang bertujuan untuk menguruskan pesakit haemofilia dengan lebih efektif dan efisien seterusnya mengelakkan komplikasi dan kematian akibat dari pendarahan yang serius.

T6: Pharmacy Care (PC)

Pendahuluan

Kumpulan “WCare” daripada bahagian farmasi PKDHL telah melaksanakan “pilot project” PC/sistem aplikasi tempahan secara atas talian untuk mengambil ubat melalui telefon pintar atau laman web.

T5: Kawalan Ubat Atas Talian (KUAT)

PENDAHULUAN

Kawalan Ubat Atas Talian (KUAT) merupakan satu ‘browser extension’ dalam Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mendidik dan mengingatkan pengguna internet tentang bahaya pengunaan produk kesihatan yang melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan Penguatkuasa Farmasi, KKM.

T4: Farmasi Mobile Application

Pendahuluan

Saban tahun, semakin ramai bilangan pesakit yang datang ke farmasi klinik kesihatan dalam daerah Temerloh bagi mendapatkan bekalan ubat-ubatan menyebabkan berlakunya kesesakan di kaunter farmasi selain pesakit perlu menunggu lama. Perkhidmatan Value Added Service (VAS) telah ditawarkan seperti Telefon & Ambil, Kad Temu Janji dan Letak & Ambil bagi memudahkan pesakit. Namun begitu VAS yang ditawarkan mempunyai beberapa kelemahan.

T3: Aplikasi Scan & Track

PENGENALAN

Projek inovasi Scan & Track adalah satu aplikasi pengurusan stor. Ia melibatkan 2 modul iaitu modul penjanaan label maklumat item beserta barcode (Scan) dan modul receive tagging yang menjana label tagging penerimaan untuk membantu pengurusan penyimpanan dan pencarian item (Track). Projek inovasi ini disasarkan penggunaannya di Farmasi Logistik dan Sub Stor Unit Farmasi.

T2: Antimicrobial Stewardship Analytical Tool (ASAT)

PENDAHULUAN: Pengenalan antibiotik telah berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit. Walaubagaimanapun, penggunaan antibiotik secara tidak berkawal boleh mengakibatkan pesakit mengalami kerintangan antibiotik. Akibatnya, jangkitan akan menjadi lebih sukar untuk diubati.

T1: EzVAS

PENDAHULUAN: Projek EzVAS adalah inisiatif untuk memperkasakan perkhidmatan Servis Tambah Nilai (Value Added Services, VAS) di Jabatan Farmasi, Hospital Putrajaya (HPj) bertujuan menambah baik proses kerja dan meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada supaya lebih efisien dan mesra pelanggan. MASALAH SEBELUM INOVASI: Perekodan data pesakit yang tidak sistematik.