P9: Convenience Box CDR

Pendahuluan dan Penerangan Projek

Rekonstitusi ubat sitotoksik akan dijalankan didalam bilik bersih (Cleanroom Grade A) mengunakan kabinet ‘Biosafety’. CONVENIENCE BOX CDR adalah inovasi kategori produk bagi memudahkan penyediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan rekonstitusi.

P8: Label ABC (Antibiotic Care)

Pendahuluan dan Penerangan Projek

Label ABC merupakan inovasi produk yang pertama seumpamanya di Malaysia. Idea projek ini tercetus berikutan masalah pesakit yang kurang memahami masa pengambilan antibiotik yang betul, terutama bagi antibiotik yang mempunyai “multiple dosing”. Label yang sedia ada tidak memberikan info masa pengambilan yang spesifik. Label ABC dihasilkan berdasarkan pemerhatian dan keperluan pesakit untuk lebih mudah memahami penerangan yang cuba Pegawai Farmasi sampaikan.

P7: Insusafe

Pendahuluan

Anggota kesihatan menghadapi risiko jangkitan oleh penyakit bawaan darah seperti Hepatitis B (HBV, 6-30%), Hepatitis C (HCV, 3%) dan Human Immunodefiency Virus (HIV, 0.3%) akibat daripada tusukan jarum. Kejadian tusukan jarum ini haruslah dicegah daripada berlaku selaras dengan sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia.

P6: Dose Serving Tray (DST)

Cara pengambilan ubat yang betul mengikut waktu sebelum, selepas atau bersama makanan adalah penting untuk memastikan pesakit menerima rawatan yang optimum, berkesan dan selamat. Penyediaan ubat oleh jururawat di dalam wad menjadi titik penting untuk memastikan pesakit mengambil ubat dengan cara yang betul. Projek DST merupakan satu inovasi produk yang digunakan semasa menyediakan ubat kepada pesakit oleh jururawat. Sebelum inovasi, unit farmasi menyediakan ubat dengan label warna putih dan seterusnya jururawat menyediakan ubat didalam bekas piring atau penyukat sirap kepada pesakit.

P4: Insuwheel

PENDAHULUAN: Pengambilan suntikan insulin pada masa yang betul dan diet yang seimbang adalah amat penting kepada pesakit-pesakit diabetes bagi memastikan rawatan berkesan. Antara Januari – September 2018, seramai 24 pesakit diabetes direkrut di dalam Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic (DMTAC) Unit Farmasi Hospital Jasin di mana 33.3% (8 orang) merupakan pengguna regimen basal-bolus insulin, dan selebihnya menggunakan ubat oral atau insulin regimen lain. Daripada 8 orang tersebut, hanya 50% (4 orang) mencapai HbA1C kurang 1% selepas lawatan sesi keempat.

P3: Inspections Assigned Map (IAM)

Pendahuluan dan Penerangan Projek

Inspection Assignment Map (IAM) merupakan inovasi produk bagi membantu Ketua Unit Premis Tidak Berlesen (PTB) untuk mengagihkan tugas pemeriksaan premis yang dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pegawai-pegawai dengan lebih efisien dan sistematik. IAM adalah satu inovasi produk yang asli, selamat dan kemas yang dapat membantu pengagihan tugas pemeriksaan dengan lebih efisien dan sistematik.

P1: MyBook

Pendahuluan

MyBook ialah sebuah buku kecil yang merangkumi biodata pelanggan, nombor siri Perkhidmatan Tambah Nilai, maklumat ubat List A/kuota/KPK, tarikh akan datang bekalan ubat susulan mengikut klinik/unit, rekod temujanji kaunseling susulan dan sejarah alahan ubat pelanggan; selaras dengan Amalan Pendispensan Baik.