M10: MalaRight Label

Kes malaria di Sabah meningkat secara mendadak dengan hanya 717 pada tahun 2016 kepada 1660 sehingga 11 November pada tahun 2017. Ubat utama bagi rawatan malaria di Malaysia kini adalah dengan menggunakan IV Artesunate atau T. Artemether/ Lumefantrine (Riamet). Waktu administrasi kedua-dua ubat antimalaria ini adalah unik di mana dos kedua diberikan pada sela waktu yang lebih awal berbanding waktu administrasi dos-dos berikutnya bagi mengoptimumkan kadar pembunuhan parasit Malaria pada fasa awal rawatan.

M8: Antibiogram Kit

Pengenalan inovasi

Antibiogram merupakan jadual yang memaparkan sensitiviti antibiotik terhadap sesuatu mikroorganisma. Penghasilan antibiogram membantu dalam pemilihan antibiotik empirikal yang rasional sebagai salah satu langkah dalam mengelakkan masalah kerintangan antibiotik.

M7: RAD (Renal Adjustment Dose) Alert Tagging

Pengenalan inovasi

RAD alert tagging ialah satu inovasi dalam kategori proses yang menggunapakai kepingan kertas yang dicetak dengan imej buah pinggang berserta tanda amaran bersaiz 5cm x 10cm dan dilaminasi. Satu transparent envelope 7cm x 12cm dilekatkan di muka hadapan carta pengubatan pesakit dan berfungsi sebagai sarung untuk RAD alert tagging disisipkan. Setiap carta pengubatan pesakit yang memerlukan ubah suai renal dos akan dilekatkan dengan RAD alert tagging.

M6: Rail Your Medicine

Projek inovasi ‘Rail your medicine’ adalah inovasi proses kerja bagi penyimpanan ubat pesakit temujanji. Projek ini melibatkan pemasangan ‘rail’ langsir di dinding untuk menggantung bungkusan ubat temujanji pesakit yang menggunakan sistem Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS). VAS ialah perkhidmatan yang melibatkan aktiviti pendispensan ubat susulan bagi pesakit dengan preskripsi untuk jangka masa panjang (3 bulan ke atas) dan preskripsi yang mempunyai 5 item ke atas. Antara perkhidmatan VAS yang disediakan di Klinik Kesihatan Chemor ialah Sistem Kad Temujanji.

M5: Integrated Data Quality Use Of Medicine For Consumers (IDQUMC)

Pengenalan

Program Kenali Ubat Anda (KUA) merupakan program penyampaian maklumat berkaitan ubat-ubatan kepada masyarakat. Program ini perlu dilaporkan setiap 3 bulan bagi tujuan pemantauan pencapaian program setiap negeri. Oleh sebab itu, IDQUMC menyediakan proses pengumpulan dan analisis data pelaporan yang mudah, tepat dan pantas dengan menggunakan kemudahan Google Drive.

Sebelum Inovasi

Proses pengumpulan dan analisis data dijalankan secara konvensional, iaitu melalui maklum balas secara bertulis.

M4: MedSafe Kit

Pendahuluan: MedSafe Kit bertindak sebagai One Stop Reference kepada anggota kesihatan kerana ia merupakan kompilasi lengkap garispanduan Keselamatan Pengubatan yang ditambah dengan imbasan

M3: Worksheet for Antibiotics Sharing in Paediatric Ward (WASP)

Pendahuluan

Farmasi Pesakit Dalam Hospital Kajang mengamalkan sistem pembekalan ubat secara unit of dose (UDS) kepada semua wad termasuk Wad Pediatrik. Pembekalan ubat antibiotik secara perkongsian kepada Wad Pediatrik melalui projek inovasi WASP dapat mengurangkan pembaziran ubat sekaligus menjimatkan kos penggunaan.

M1: Iron Man

Latar belakang : Perkhidmatan Farmasi Wad merupakan unit di bawah Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Aminah yang berperanan dalam membantu bahagian klinikal dalam meningkatkan mutu penjagaan farmaseutikal selain memberi informasi berkaitan ubat.